Homestay Private Pool Di Kelantan, Fearell Nest Tiny Villa Antara Yang Best!
Penang terkenal dengan julukan syurga makanan, tak sah kalau dah sampai sana tak jalan-jalan cari makan ke tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan.
Enam lokasi yang dikongsikan oleh Muhammad Amir Mohammad Sharif boleh anda kunjungi bila ke Penang untuk bercuti. Wajib singgah barulah ‘Surrrr’ orang Penang kata!
6 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Yang Wajib Dicuba Pelancong Di Pulau Pinang Bagi Tahun 2023.
Seperti yang tersedia maklum, Pulau Pinang terkenal sebagai ‘Syuga Makanan’ bagi anda yang suka makan. Beberapa menu makanan seperti Nasi Kandar, Laksa Penang, Char Kuey Teow dan Pasembur di sini bukan sahaja popular di negeri Pulau Mutiara ini, malah turut menjadi menu kegemaran majoriti rakyat Malaysia dan pelancong luar negara. Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda sudah terbayang dengan keenakan pelbagai makanan terutamanya sekali nasi kandar. Boleh dikatakan hampir setiap restoran sama ada nasi kandar atau kedai-kedai makan yang di Pulau Pinang sentiasa penuh dan ramai orang yang sanggup beratur untuk mencubanya.
Kalau di Kuala Lumpur pun anda sudah menjilat jari selepas mencuba makanan Pulau Pinang, apa pula reaksi anda kalau sudah makan di negeri asalnya. Samaada anda dari selatan, pantai timur, Sabah dan Sarawak, 6 tempat makan menarik di Pulau Pinang seperti di bawah ini pasti ada yang menepati dengan selera dan citarasa anda. Teruskan membaca untuk mengetahui destinasi terbaik untuk anda mencari makanan yang sedap restoran popular di Pulau Pinang.
- NASI KANDAR DEEN MAJU, JALAN GUDWARA, GEORGETOWN
Satu destinasi makan yang menarik di mana makanan ini menjadi satu kewajiban untuk setiap pelancong yang baru pertama kali bercuti di Pulau Pinang. Kedai Nasi Kandar Deen Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya GAMA. Waktu beroperasinya kedai nasi kandar yang viral di Pulau Pinang ini adalah dari pukul 12 tengah hari hinggalah 9.30 malam. Memang tidak sah untuk bercuti di Pulau Pinang ini selagi tidak beratur untuk mencuba makanan ini.
Terdapat pelbagai pilihan kari-kari yang sangat enak untuk anda mencuba nasi kandar di sini seperti kari ayam, kari kepala ikan dan sebagainya. Antara menu yang paling ‘berhantu’ dan popular adalah daripada ayam goreng berempahnya yang sememangnya menjadi satu menu yang paling wajib diambil untuk sebuah pinggan Nasi Kandar Deen Maju. Kedai makan ini menjadi fenomena sejak 1-2 tahun ini dengan ayam goreng rempahnya. Ini dapat dilihat dengan barisan beratur yang panjang. Sebenarnya senjata rahsia yang digunakan untuk ayam goreng ini dengan menggunakan 15 jenis rempah ratus sebelum diperap lebih kurang 8 jam. Sudah pasti sesiapa pun akan ‘terangkat’ apabila mencubanya buat kali pertama. Selain itu, jangan dilupakan telur sotong sebagai sampingan.
- RESTORAN NASI KANDAR HAMEEDIYAH, LEBUH CAMPBELL
Kalau bercuti di Pulau Pinang, sangat disyorkan kepada semua pelancong untuk mencari Nasi Kandar Hameediyah ini. Lokasinya terletak di Lebuh Campbell, Georgetown yang dipenuhi bangunan-bangunan lama di bawah UNESCO Historic Site. Waktu beroperasinya kedai makan ini bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Kedai ini merupakan antara kedai makan yang sudah lama bertapak di Pulau Pinang sekitar tahun 1907, menjadikannya berusia 115 tahun hari ini sebelum revolusi makanan rakyat Malaysia bermula.
Kalau anda pergi ke kedai nasi kandar ini sudah pasti anda akan berjumpa dengan pemilik Restoran Hameediyah ini iaitu Ahamed Seeni Pakir yang merupakan generasi ketujuh yang sehingga kini masih mengekalkan resepi sejak lebih seabad. Antara menu yang menggunakan resipi asli adalah daging goreng (ala rendang), kari ikan, kari kambing dan kari ayam. Kira-kira 30 hingga 40 jenis rempah yang digunakan masih sama. Hal ini membuatkan rempahnya lebih rasa ‘tajam’ dan tahap kepedasannya juga lebih tinggi berbanding nasi kandar yang lain. Bukan itu sahaja anda boleh cuba Nasi Berianinya dan Murtabak yang dijamin enak.
- AIS TINGKAP, JALAN CHOWRASTA
Destinasi ini hanyalah kedai tepi jalan yang biasa-biasa sahaja tetapi terselitnya satu menu yang sangat luar biasa dan tidak banyak destinasi lain di Pulau Pinang yang ada dihidangkan kepada anda iaitu Ais Sarbat, Menu air Ais Sarbat ini kalau dilihat seakan-akan seperti sirap buah selasih ini memang mempunyai rasa yang lain dan sungguh menyegarkan. Walaupun menu yang sangat laris di destinasi ini adalah Ais Sarbat, percaya atau tidak minuman ini sebenarnya sudah lama bertapak di sini sejak 3 generasi keluarga dalam kalangan peniaga ini. Sungguh memberasangkan!
Selain itu, terdapat juga menu-menu makanan kudap-kudapan yang boleh anda dapatkan di sini antaranya cucur udang, cendol, laksa dan lain-lain lagi. Satu destinasi yang menarik untuk anda memulih kembali penat anda pusing-pusing di sekitar bandar Georgetown yang kian megah kini. Lokasinya juga dilihat sangat strategik iaitu di kawasan tumpuan pelancong antara Jalan Lebuh Tamil dan Jalan Chowrasta yang beroperasi sekitar jam 11 pagi sehingga 7 malam. Harga-harga makanan di sini juga lebih bajet dalam misi mencari makanan popular orang Pulau Pinang atau Penang Street Food.
- JERUNG CHAR KOAY TEOW, BAYAN LEPAS
Sekiranya anda sedang mengidam Char Kuey Teow yang sedap di Penang, ini adalah destinasinya. Jerung Char Koew Teow sememangnya menjadi satu fenomena yang menghasikan sepinggan CKT yang bermutu tinggi dan “pasti anda rasa sayang untuk suapan terakhir” yang menjadi sinonim bagi pelanggan yang berkunjung di sini. Walaupun masih baru berbanding dengan kedai Char Koay Teow yang lain, akan tetapi rasa daripada resepi dan sos yang dihasilkan merupakan satu keunikan yang terbaik di kedai ini.
Datanglah beberapa kali pun di Jerung Char Koay Teow ini rasa yang anda makan buat pertama kali tetap sama. Bukan itu sahaja, kedai ini juga turut menyajikan anda dengan nasi lemak dan sambal tumis yang menggunakan resepi turun termurun. Terdapat pelbagai pilihan seperti CKT udang, CKT Super Special dan Nasi Lemak Superman. Walaupun nama menu yang agak pelik tetapi inilah menu yang menjadi ‘killer’ di kedai ini.
Lokasinya sangat mudah diakses iaitu berdekatan di antara McDonald’s Setia Pearl DT dan kawasan perumahan Mutiara Perdana, Bayan Lepas. Kedai ini beroperasi dari jam 5 petang sehinggalah pukul 12 malam.
- GANI FAMOUS PASEMBUR, PADANG KOTA LAMA
Memang rugi jika anda bercuti di Penang namun tidak mencari kesempatan untuk mencuba pasembur. Pasembur ini boleh dikatakan antara street food yang menjadi tarikan di Penang. Bukan sahaja enak, malah mengenyangkan. Waktu operasi untuk Gani famous Pasembur adalah di antara pukul 11 pagi kepada 2 pagi. Jadi jika anda datang ke sini dengan harapan untuk sarapan sambil menikmati menu pasembur, mungkin terkuburlah jawabnya.
Pasembur yang disajikan memang banyak isinya. Bonus utama hidangan ini semestinya ialah kuahnya yang secukup rasa. Lebih banyak kuah, lebih terasa kelazatannya. Pasembur yang disajikan secara membukit di atas pinggan jelas menunjukkan yang saiz hidangannya juga besar.
Antara tips apabila makan di sini adalah berhati-hati dengan pengambilan makanan seafood. Anda mungkin sedikit terperanjat harga yang mungkin sedikit tinggi daripada jangkaan. Tetapi bagi kami, perkara tersebut tidak menjadi masalah. Asalkan anda tahu apa yang anda hendak dan berkira-kira dalam mengambil. Harga seafood ketam, sotong sememangnya sinonim dengan harga yang sedikit mahal jika makan di luar.
- ROTI CANAI TRANSFER ROAD, JALAN TRANSFER, GEORGETOWN
Destinasi sarapan pagi di Pulau Pinang yang popular ini bukanlah sebuah restoran yang mewah tetapi merupakan gerai makan di tepi jalan yang sangat terkenal dengan roti canainya yang garing dan kuah kari ayamnya yang mampu buatkan anda kecut liur melihatnya. Selain itu, terdapat juga makanan sarapan pagi yang tidak kurang menariknya seperti roti bakar telur goyang yang dimana terdapat keunikkannya melalui roti bakar yang dibakar menggunakan arang batu seperti dahulu kala. Waktu operasinya bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari.
Sekiranya anda menginap di tempat penginapan yang berhampiran dengan Padang Kota Lama, anda digalakkan untuk datang bersarapan pagi di sini. Sebaiknya, anda perlu datang awal untuk elakkan kesesakan memandangkan kedai makannnya tidak terlalu besar serta mempunyai terlalu ramai peninat setia yang tidak putus bertandang untuk bersarapan di situ. Pada waktu kemuncak, mungkin anda perlu fikir dua atau tiga kali untuk makan di sini terutamnya pada musim cuti persekolahan.
Adakah anda sudah pening selepas membaca kesemua destinasi tempat makan menarik di Pulau Pinang seperti di atas? Begitu banyak sekali bukan? Sebenarnya masih banyak lagi destinasi lain yang tidak kurang menariknya tetapi, cukuplah sekadar ini dahulu. Senarai 6 tempat makan menarik di Pulau Pinang seperti di atas ini mungkin menjadi asas dan mencukupi kepada anda untuk diterokai apabila bercuti di Pulau Pinang kelak.
Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Amir Bin Mohammad Sharif, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source