Isteri Aaron Aziz Sentiasa Ingatkan Tak Perlu Layan Komen Negatif -“She Is My Big Alarm Clock”
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz menasihati golongan selebriti tidak perlu melayan komen yang kurang enak daripada netizen atau ‘berperang’ dalam media sosial.
Selain itu, pelakon filem hit Sheriff: Narko Integriti itu juga memberitahu isteri tercintanya, Datin Diyana Halik sentiasa berpesan agar membiarkan sahaja komen netizen yang menulis perkara yang tidak baik.
ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun
“Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya. She is my big alarm clock.
“Dia selalu cakap ‘kenapa nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini,” katanya.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Isteri Aaron Aziz ‘Share’ Resipi Kuetiau Goreng Dimakan Syamsul Yusof, Sampai Tambah 2 Kali!
Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang memasuki industri seni seharusnya menerima dengan hati yang terbuka apabila dikritik pelbagai pihak.
“Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji. Semua orang nak, tapi kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, kena terima sebab tak semua orang suka.
“Sebab lagi balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh,” tambahnya aktor kelahiran Singapura itu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aaron Aziz
The post Isteri Aaron Aziz Sentiasa Ingatkan Tak Perlu Layan Komen Negatif -“She Is My Big Alarm Clock” appeared first on REMAJA.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source