Memang dah janji! Dapat 9A SPM, Meerqeen mahu hadiahkan adik kereta
Memang dah janji! Pelakon Meerqeen bakal menghadiahkan sebuah kereta buat adiknya, Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam atas kejayaan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Memang dah janji!
Pelakon drama Asto Originals Siri Framed berkata, dia sudah berjanji untuk memberikan hadiah buat adiknya sebelum peperiksaan percubaan SPM lagi.
Tambahnya, pemberian kereta tersebut adalah bagi memudahkan pergerakan adiknya untuk ke mana-mana sahaja, baik pergi bermain ragbi atau universiti kelak.
“Ada, saya dah janji dengan dia sebelum peperiksaan percubaan lagi sebab dia main ragbi. Dia bermain di Keramat dan kami pula di Bangi.
“Jadi, setiap kali main ragbi, kami akan hantar dia atau dia sendiri pergi menaiki pengangkutan awam seperti LRT.
“Saya cakap dengan dia, nanti selepas SPM ambil lesen memandu. Memang saya dah berjanji dengan dia.
“Saya cakap mahu beli kereta supaya senang untuk dia bergerak, senang untuk ke universiti nanti,”katanya.
Artikel lain: Pernah kecewa terpaksa korbankan ragbi, adik Meerqeen peroleh 9A dalam SPM
Tak kisah adik ikut jejak langkah
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Melur Untuk Firdaus itu memaklumkan dia tidak membantah seandainya adik lelakinya ingin mengikuti jejak langkah dalam menceburi bidang seni.
Sebagai abang, dia akan menyokong apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh adiknya, baik dari segi pelajaran mahu pun kerjaya.
Jelasnya, dia tidak mahu mengatur kehidupan seseorang dan percaya rezeki itu ada di mana-mana.
“Saya hanyalah seorang abang sahaja. Dia sudah besar dan tahu macam mana nak atur hidupnya.
“Andai katatiada pun tak mengapa sebab sekarang pun peluang pekerjaan dah banyak, bukan sahaja dalam industri tapi di luar sana pun sama.
“Kalau dia nak masuk dalam dunia seni, saya sebagai abang akan tolong dia,”katanya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan adik Meerqeen iaitu Shafeeq memperoleh 9A dalam SPM bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam serta Fizik.
Sementara subjek Kimia pula mendapat keputusan B+ Kepujian tertinggi.
Sumber: Gempak (Myra Amri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source