Selalu dipersalahkan, dipaksa matang awal & mengalah. Hati-hatilah, 6 kesilapan ini selalu ibu ayah buat kepada anak sulung tanpa sedar.
Dialah penghuni pertama rahim ibu & yang mengajar ibu ayah menjadi ibu bapa sehingga terbinanya sebuah keluarga. Anak sulung sangat bermakna kehadirannya dalam sebuah keluarga.
Masyarakat mungkin sering memandang anak sulung dengan pelbagai stigma. Setekah lahirnya adik-adik mereka seakan terpinggirkan atau secara tidak sengaja, diherdik, dimarahi kerana ‘kegagalannya’ dalam menjalankan tugas sebagai kakak atau abang.
Tanpa kita sedari, anak sulung juga dihenyak dengan pelbagai tugas dan dipersalahkan kerana adik-adiknya. Kaunselor, Puan Farhan memberikan pendapatnya mengenai anak sulung dalam institusi keluarga.
Kesilapan yang kita biasa lakukan kepada anak pertama.
#1.Selalu melakukan tuduhan kepadanya
Anak sulung ini biasa menjadi tempat kita membuat tuduhan. Kadang kadang bila anak kedua, ketiga menangis, mulut kita laju cakap
“Abang buat adik ya?”
Bila kita sudah terbiasa begitu, kita selesa untuk memberi tuduhan kepada anak yang sulung.
Apa apa yang berlaku, anak yang sulung pasti orang pertama menjadi orang yang kita tuduh.
#2. Menyalahkan anak sulung atas apa yang berlaku kepada adik
Selain memberi tuduhan, kita juga suka menyalahkan anak yang sulung jika ada perkara yang tidak baik berlaku kepada si adik.
Adik jatuh tersembam kita salahkan yang sulung. Kita marah anak sulung kerana tidak jaga adik baik baik sehingga perkara itu berlaku.
Sedangkan kadang kadang perkara itu berlaku di luar kawalan anak kita.
#3.Mengharapkan anak sulung faham situasi anda
Apabila ibu mendapat anak kedua, usia anak sulung itu perlu didilakukan ambil kira. Jika anak sulung itu baru mencecah 1 tahun, dia masih terlalu kecil untuk memahami situasi anda yang baru mendapat cahaya mata kedua.
Soal perhatian dan pembahagian masa akan selalu menjadi isu. Kita marah anak sulung apabila dia mula mengamuk tatkala kita sedang menyusukan anak kedua.
Kita tidak faham bahawa anak kita itu masing kecil untuk bertoleransi dengan pembahagian kasih sayang, masa dan perhatian dari kita. Selama ini dia dapat semuanya secara esklusif dan kini ia harus dikongsi.
Ia bukan mudah! Letak diri kita di, tempat anak itu.
#4.Menjauhkan anak sulung dari adiknya
Ada juga sesetengah ibu ayah yang tidak memberi kebenaran kepada anak sulung untuk rapat dengan baby yang baru lahir. Apabila anak sulung anda masuk rapat, anda ‘halau’ dia supaya pergi ke tempat lain dan tidak mengacau adik.
Saya faham, mungkin sesetengah ibu risau kerana anak sulung masih kecil, namun anda tetap perlu ajar dia untuk rapat dengan adik, beri peluang untuk uruskan adik agar dia tidak kekok untuk sayang adik dan seterusnya menerima adiknya itu dengan baik. Jadi, nanti tidak timbul lah isu cakar adik, tutup muka adik dengan bantal dan sebagainya.
Apa yang penting sentiasa monitor dan ajar anak sulung anda untuk ‘menguruskan’ adiknya.
#5.Menangguhkan permintaan anak sulung
Seperti mana saya katakan, apabila kita mendapat anak kedua, perhatian kita akan mula terbahagi.
Kadang kadang apabila anak sulung meminta sesuatu daripada kita, kita suka menangguhkan permintaan mereka.
Adakalanya mereka minta sesuatu, namun kita kata “nanti dulu”, sehingga kan kerap kali kita terlupa untuk melakukannya.
#6.Anak sulung disuruh beralah
Ini juga kesalahan yang biasa kita lakukan.
Anak sulung selalu disuruh beralah. Bila dia bermain dan adik mahukan mainannya, kita suruh dia beralah.
Ayat yang biasa kita guna
“Itu kan adik, berilah pada adik”
Sedangkan hakikatnya, tidak semua perkara anak kita perlu beralah. Mereka juga ada perasaan.
Untuk siapa yang masih ingat tentang artikel saya yang mengatakan bahawa anak sulung ini penting untuk pembentukan keluarga, ini adalah sambungannya.
[Artikelnya: Besarnya Pengaruh Abang Long & Kak Long Dalam Pembentukan Suasana Harmoni Di Rumah, Kaunselor Ini Jelaskan]
Kita perlu ingat, kadang kadang saat mendapat baby baru kita terlupa kepada anak sulung saya yang masih tidak puas bermanja dengan kita.
Jangan lupakan dia dan bertindak tanpa memahami perasaan anak sulung kita.
Dia pernah jadi insan yang paling anda sayang, anda damba sepenuh hati.
Jadi, hargai dia dan jangan melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, kerana kesannya bukan untuk hari ini sahaja, namun ia akan membawa sehingga anak itu besar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source