Cliff Umar menyesal miliki dadah, akui buat pilihan paling buruk dalam hidup
Penyanyi, Cliff Umar menyesal miliki dadah dan mengakui bahawa ia merupakan satu pilihan paling buruk dalam kehidupannya.
Mengaku bersalah ambil heroin
Dia yang mengaku bersalah memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya menyatakan penyesalan tersebut menerusi posting di Instagram.
Cliff Umar menyesal miliki dadah, kerana tiada kebaikan selain keburukan
Dalam posting tersebut, Cliff atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph menasihati orang ramai untuk tidak menggunakan dadah dalam kehidupan jika tidak mahu dilayan seperti penjenayah.
“Jangan ambil dadah. Tiada kebaikan yang keluar darinya… Melainkan anda mahu diaibkan dan dilayan seperti penjenayah serta terpampang di seluruh media sosial dan berita Nasional 8:00… Tuhan tahu saya menyesal,” tulisnya.
Artikel lain: Cliff Umar mengaku miliki heroin, dijatuhi hukuman penjara sehingga 5 tahun
Cliff Umar menyesal miliki dadah, ucap terima kasih yang beri kata2 positif & negatif
Cliff yang juga merupakan juara Gegar Vaganza Musim ke-7 mengakui bahawa kadang-kadang kita membuat pilihan yang salah dalam kehidupan dan mungkin ia menjadi faktor perubahan lebih baik di masa hadapan.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata positif mahupun negatif di atas apa yang berlaku terhadapnya.
“Terima kasih atas komen positif dan negatif, semuanya baik saya masih hidup dan masih disayangi bidadari Isteri saya… Saya sangat sayangkan awak, Anita…” ujarnya lagi.
Janji tidak akan kecewakan isteri lagi
Sementara itu, Cliff telah mengambil kesempatan di ruangan kapsyen tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada isteri serta mengungkapkan betapa dia begitu menyayangi wanita berkenaan serta berjanji tidak akan membuatnya kecewa lagi.
“Terima kasih kerana datang ke dalam hidup saya kerana tidak ada satu jiwa pun yang akan buat seperti apa yang telah anda lakukan untuk saya dan TIDAK AKAN ADA SIAPA yang paling bermakna kepada saya seperti anda, Angel Anita yang tersayang.
Saya menyayangi awak sepenuh hati saya dan saya tidak akan mengecewakan awak lagi,” tulisnya.
Terdahulu, Cliff telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret.
Difahamkan, penyanyi berusia 42 tahun itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.
Sumber: Instagram cliff.umar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source