Jemaah Haji meninggal dunia, rebah selepas melakukan ibadah tawaf
Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Mekah selepas mengalami serangan jantung sebaik sahaja habis melakukan ibadah tawaf umrah pada Rabu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Delegasi Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Jemaah Haji meninggal dunia
Menurut isteri kepada jemaah Mohd Zahir Ismail, 58, iaitu Pauziah Othman, suaminya sedang menunaikan tawaf umrah pertama bersama dengan rakan jemaah dari Maktab 78 pada Rabu malam.
Mohd Zahir bagaimanapun rebah akibat serangan jantung di kawasan mataf iaitu kawasan lapang sekitar Kaabah di samping isteri yang sama-sama melakukan tawaf umrah pertama, sebaik tiba di Makkah dengan menaiki penerbangan KT66 pada malam sama.
“Pak cik (suami) orang yang baik. Dia orangnya lucu, selalu buat kelakar,”ujar Pauziah Othman mengenai suaminya.
Menceritakan lagi detik arwah sebelum rebah, Pauziah yang berasal dari Pendang, Kedah berkata, ketika itu, dia dan arwah baru habis melaksanakan ibadah tawaf dan bergerak ke arah tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf.
“Arwah berjalan di belakang sambil memegang saya. Dia ada mengadu beberapa-kali dia ada mengatakan terlalu penat dan saya katakan sabar…
“..kita buat perlahan-lahan. Hinggalah habis dan kami sedang berjalan untuk melaksanakan solat sunat tawaf,” katanya.
Kongsinya, pada ketika mata arwah masih terbuka dan kemudiannya perlahan-lahan tertutup.
Tidak lama kemudian, beberapa askar datang membantu dan membawa arah menaiki buggy untuk di bawah ke klinik masjid.
Ketika di klinik masjid, doktor yang merawat Allahyarham memanggil masuk lalu memberitahu suaminya sudah tiada.
“Agak terkejut juga sebab dia pergi secara tiba-tiba,” katanya lagi yang sama-sama mendaftar haji pada 2009.
Pauziah sudah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham sejak 1996, tapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Allahyarham adalah anak kedua daripada tiga beradik, menjaga ibunya yang sudah uzur tidak mampu bangun sendiri.
Artikel lain: ATM sahkan Sarjan Faridah meninggal dunia akibat serangan jantung
Arwah anak yang taat..
Dalam pada itu, Pauziah berkata, arwah suaminya seorang yang taat kepada ibunya, Zariah Musafa, 86.
“Arwah sering bergurau dengan ibunya. Malah, dia akan membersihkan ibunya terlebih dahulu sebelum ibunya memulakan solat,”ujarnya.
Menurut Pauziah, arwah suaminya tidak mempunyai sebarang rekod penyakit dan tidak merungut ketika menjaga Zariah dan dia sangat rapat dengan ibunya.
Maklumnya, Zariah mendapat berita kematian anaknya melalui cucunya.
Jenazah Mohd Zahir Ismail disolatkan selepas waktu Zohor di Masjidilharam, kelmarin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Makkah.
Allahyarham yang meninggal ketika melakukan tawaf dikafankan menggunakan kain ihram yang digunakan dan mukanya tidak ditutup.
Sumber: Harian Metro (Husain Jahit)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source