Peniaga rendam sotong dalam tong sampah mengaku salah -“Saya dah beli bekas baru”
Peniaga nasi lemak yang tular gara-gara menggunakan tong sampah hitam untuk merendam sotong tampil memohon maaf atas kesilapannya dalam mengendalikan makanan, baru baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh peniaga terbabit di laman TikToknya, dia akui kesilapannya dan sudah membeli bekas simpanan baharu bagi mengikut standard piawaian keselamatan makanan di kedai plastik berhampiran kawasan perniagaannya.
Peniaga rendam sotong
@nasilemakkakrose selesai pembelian tong baru khas untuk sotong #foodcontainer
Artikel lain: KKM akan siasat, peniaga nasi lemak rendam sotong dalam tong sampah
Dalam perkongsian itu juga, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sudah memberi nasihat dan akan mengambil iktibar selepas tindakannya itu tular di media sosial.
“Saya dah beli tong baharu, yang ini clear punya. Saya harap ini food grade lah lepas ini. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tengok video saya sebelum ini andai bahasa kurang elok untuk korang dengar.
“Terima kasih yang beri nasihat, saya ambil benda itu sebagai iktibar kepada diri saya untuk terus maju ke hadapan, dah jadi viral ni tak tahu buat apa dah. Saya harap lepas ini ada yang support saya berniaga. Saya akan perbaiki lagi mana yang tak elok itu,” ujarnya.
Peniaga rendam sotong
Ditanya mengenai kursus pengendalian makanan, pemuda itu berkata sudah mendapat sijil tersebut malah mempunyai diploma dalam hotel dan pengurusan.
“Alhamdulilah puan, saya ada ambil sijil pengendalian makanan dan diploma hotel and management, mungkin saya terlepas pandang bab ni.
“Saya minta maaf video-video sebelum ini yang mengguris hati semua pihak, maaf sekali lagi,” katanya lagi.
Terdahulu, tular di laman sosial apabila peniaga nasi lemak yang merendam sotong di dalam tong sampah untuk dimasak dan dijual.
Meskipun sudah ditegur netizen, namun jawapan yang diberikan oleh peniaga tersebut agak mengecewakan dan perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan jalankan siasatan berkaitan isu itu.
Sumber: TikTok @nasilemakkakrose
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source