Tahap oksigen menurun, pelakon Kamal Bakar ditidurkan -“Ayah hidap kanser”
Pelakon veteran Kamal Bakar ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat komplikasi kanser paru-paru dan kekurangan oksigen.
Berita perkembangan mengenai pelakon itu dikongsikan oleh anaknya yang juga selebriti, Muhammad Hanis Kamaruldzaman.
Bapa enggan bercakap
Hanis berkata, bapanya dikejarkan ke hospital berkenaan sekitar pukul 10 malam Isnin selepas keluarganya bimbang dengan perubahan sikap ditunjukkan.
Kongsi aktor berusia 35 tahun, bapanya enggan bercakap dengan sesiapa pun, namun tidak menunjukkan dia sedang sakit.
“Petang sebelum itu (Ahad), saya tengok ayah tak mahu bercakap dengan orang. Apabila dipanggil dia tak menyahut.
“Mulutnya hanya berzikir sahaja. Masuk waktu solat, dia pergi solat. Cumanya dia tak mahu bercakap dengan kami,”katanya.
Pelakon Kamal Bakar ditidurkan
Ditanya mengenai perkembangan, Hanis berkata bapanya diintubasi selepas bantuan pernafasan diberikan gagal menstabilkan keadaan pelakon itu.
Doktor juga menasihati agar bapanya tidurkan selepas tahap oksigen menunjukkan penurunan dan mampu memberikan kesan kepada otak.
“Ketika di zon merah (malam tadi), dia diberi bantuan pernafasan. Namun, bacaan oksigennya menunjukkan penurunan dan pihak hospital mengambil keputusan untuk tidurkan ayah.
“Saya ada tanya kepada doktor, kenapa dia ditidurkan sebab saya lihat sebelum ini dia okey sahaja.
“Namun, selepas diberi penjelasan saya akur kerana mereka lebih pakar tentang hal ini,”ujarnya.
Artikel lain: Kesihatan Fatimah The Family UK semakin merosot, ditidurkan untuk pembedahan biopsi
Bapa hidap kanser
Disoal lanjut mengenai perkembangan bapanya, Hanis memberitahu keluarganya tahu bapa disahkan menghidap kanser pada April lalu.
Pada Mei lalu, Kamal Bakar sempat dibawa ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur bagi mengambil sampel rawatan untuk mengesan penyakitnya.
Bagaimanapun, pada ketika itu keluarganya tidak mengetahui jenis kanser yang dihidapi bapanya sehinggalah semalam apabila doktor mengesyaki Kamal Bakar menghidapi kanser paru-paru.
Sumber: TikTok @hazmimijohar, mStar Online (Ain Norman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source