Alyah perkenal Nur Izzara, ‘buah hati’ penyeri hidup bersama Ramli MS
Penyanyi Datin Alyah perkenal Nur Izzara iaitu seorang bayi perempuan yang disifatkan penyeri dalam rumah tangganya bersama pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram.
Alyah berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di platform Instagram, hari ini.
Alyah perkenal Nur Izzara
lyah atau nama sebenarnya Datin Noor Hasliah Abu Bakar memberitahu dia dan suami tidak pernah merancang kehadiran Nur Izzara, namun pasangan itu menyifatkan bayi perempuan itu sebuah perancangan terbaik daripada-Nya.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami…
“…tak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancangan terbaik bagi setiap hamba-Mu,”luahnya.
Penyanyi berkenaan turut berkongsi beberapa foto sepanjang majlis cukur jambul dan akikah bayi berkenaan.
Kehadiran bermakna dalam hidup
Menurutnya, kehadiran cahaya mata ini membawa makna yang amat besar dalam rumah tangganya dan Tok Ram.
“Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.
“Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita malu nak meminta lebih kerana banyaknya dosa-dosa kita,” tulis Alyah, menggambarkan perasaannya yang amat bersyukur.
Dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis tersebut, khusus kepada Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga yang menguruskan segala persiapan majlis, serta kepada adik-beradik, pakcik-makcik, saudara mara, dan ipar-duai yang datang dari jauh, termasuk dari Singapura.
“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji,” kata Alyah.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sahabat handai yang sudi hadir memeriahkan majlis, serta penduduk sekitar yang memberi layanan baik kepada mereka, walaupun Alyah hanya menumpang kampung abang iparnya.
Artikel lain: Dapat panggilan tunaikan haji, Datin Alyah umum undur diri program THSS
Sebelum ini, Alyah umum undur diri daripada bertanding dalam program realiti, The Hardest Singing Show (THSS) kerana bakal menunaikan ibadah Haji pada 12 Jun depan.
Susulan itu, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan meminta doa daripada orang ramai agar mendapat Haji yang mabrur di tanah suci.
Sumber: Instagram alyah81
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source