Shila Amzah tak rasa malu pernah bercerai -“Saya buat perkara betul”
Penyanyi popular, Shila Amzah tak rasa malu apabila pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya, sebelum ini.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata sedemikian selepas menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang mempunyai hasrat untuk berpisah namun diselubungi perasaan takut.
Shila Amzah tak rasa malu
Artikel lain: Shila Amzah selamat bersalin, suami sebak lihat pengorbanan isteri
Ujar penyanyi yang berusia 34 tahun itu lagi, dia percaya bahawa keputusan bercerai adalah jalan terbaik untuk dia dan anak lelakinya.
“Saya tak malu sebab saya buat perkara yang betul untuk diri dan anak saya. Setiap keputusan kita perlu lakukan dengan bangga bukan penyesalan.
“Saya tahu apa yang terbaik untuk saya berbanding orang lain,” katanya.
Pesan Shila kepada individu berkenaan, perasaan malu yang dialaminya perlu dibuang jika memiliki seorang suami yang tidak bertanggungjawab.
Shila Amzah tak rasa malu
“Kalau awak isteri yang hebat tapi suami awak adalah kaki curang, dera mental dan fizikal atau tak bertanggungjawab tak payah malu,” kongsinya lagi.
Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun, pilih jalan untuk berpisah pada 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais, 5.
Shila kemudiannya berkahwin dengan personaliti media sosial iaitu Ubai pada 5 Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sumber: Instagram @Shahila Amzah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source