Tular rakaman pemandu e-hailing perlekehkan Islam, netizen gesa PDRM ambil tindakan
Tular di laman sosial seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina tergamak memperlekehkan agama Islam ketika berbual dengan pelancong asing dari England, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, sepasang pelancong asing itu telah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk bergerak ke sesuatu destinasi pada hari pertama bercuti di Malaysia.
Pemandu e-hailing
@samisma_new VIRAL TERKINI Pemandu E-Hailing Type-C buu rukkan Malaysia & Islam kpd Pelancong Asing. Sepatutnya beliau menjadi contoh membawa nilai jati diri yg baik terhadap Malaysia Buat report sampai Haram-J ni dikutip #PDRM #SamIsma #Islam #Malaysia #World #fypage #Global #fypシ゚viral #Fyp #Indonesia #SamsHouseStudios #Tiktok #Viral #Viral #Blockout2024 #Global #Allah #Melayu #TypeC #PDRM #YDPA #Melayu
Artikel lain: Nekad buat jahat! Lelaki bawa lari kereta sekali dengan penumpang
Dalam perkongsian terbabit, pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Henry itu menyapa mesra penumpangnya dan mencadangkan beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi.
Henry yang dipercayai mempunyai enam tahun pengalaman menjadi pemandu e-hailing turut berkongsi bercuti di Thailand ibarat syurga baginya namun, berbeza pula pandangannya mengenai Malaysia.
Baginya, orang ramai tidak dapat berhibur tanpa batas memandangkan aktiviti minum arak dan berjudi tidak dibenarkan dalam agama Islam.
Pemandu e-hailing
Apa yang membangkitkan lagi kemarahan ramai, dia mengesyorkan masyarakat yang beragama Islam untuk tinggal di dalam hutan kerana banyak hiburan diharamkan.
“Disini kita sepatutnya boleh enjoy tapi ini adalah negara Islam, mereka mahu kita ikut cara agama mereka..itu sangat tidak adil betul tak?
“Sebab mereka tidak minum (arak), berjudi, jadi mereka haramkan arak dan judi. Tiada hiburan. Hidup macam dalam gua. Tinggal jelah dalam hutan tu, main Jumanji dan haiwan.
“Saya tak faham pemikiran bullsh*t rakyat Malaysia ni. Awak lahir kat dunia ni jadi enjoy jelah,” ujarnya.
Netizen berang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan perbuatan pemandu e-hailing tersebut yang jelas menghina dan memperlekehkan ajaran yang diamalkan Islam.
Pihak berkuasa sila ambil tindakan!
Bukan itu sahaja, ramai yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu e-hailing tersebut yang sudah menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) sehingga boleh mencetuskan kemarahan netizen terutamanya yang beragama Islam.
Sumber: TikTok @samisma_new
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source