“Bila nak masuk Islam?”- Ceddy minta netizen sabar, mula dalami Al-Quran
Pempengaruh Ceddy minta netizen sabar setiap kali menerima soalan mengenai dirinya bakal memeluk agama Islam.
Soalan itu sering diterima pempengaruh berusia 36 tahun selepas kerap kali bersuara mengenai nasib rakyat di Palestin dan berpuasa pada bulan Ramadan lalu.
Ceddy minta netizen sabar
Terbaharu, dalam hantaran di media sosial, Ceddy berharap netizen bersabar kerana dia perlu belajar mendalami.
Pun begitu, dia yang dikenali Ceddy Ang menyifatkan soalan tersebut bukanlah sesuatu yang sensitif.
“Setiap kali saya menyertai rakan-rakan Islam saya untuk berpuasa dan bersuara untuk rakyat Palestin, akan sentiasa ada soalan seperti “Bila nak masuk Islam?”
“Walaupun ia tidak semestinya soalan tidak berbahaya, kadang-kadang kena rilek juga kerana saya mahu belajar lebih lanjut sebelum melakukan ia kan?”katanya.
Artikel lain: Wanita anggap individu download aplikasi waktu solat sebagai pemalas
Beli al-Quran kerana cantik?
Dalam video berdurasi seminit tiga saat itu, Ceddy memberitahu dia memutuskan untuk membeli senaskah al-Quran berdasarkan warna kulit yang menarik.
Katanya lagi, dia memilih al-Quran yang mempunyai terjemahan kerana dirinya tidak tahu membaca ayat-ayat dalam bahasa Arab.
“Dan hari ini saya memutuskan untuk mengambil Al-Quran yang indah dan mula membacanya,”katanya.
Ambil masa, semua orang boleh baca
Meskipun video tersebut dilihat seakan-akan mempromosikan al-Quran dan pelbagai jenis buku yang dijual di Karangkraf, namun perkongsian itu menerima reaksi dalam kalangan warganet.
Masing-masing meninggalkan komen positif, namun ada yang menitipkan nasihat buat pempengaruh itu agar tidak memeluk agama Islam hanya kerana pelawaan seseorang.
Sumber: Instagram Ceddy Ang
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source