Pelanggan berbangsa India kecewa, staf restoran ‘fast food’ bagi burger daging percuma
Pelanggan berbangsa India kecewa apabila mendakwa staf di sebuah restoran makanan segera memberikan burger daging percuma tanpa pengetahuannya.
Pelanggan berbangsa India kecewa
Menerusi video tular berdurasi dua minit dua puluh lima saat itu, dilihat pelanggan berbangsa India kecewa selepas menerima daging burger itu.
Video dimuat naik pengguna TikTok @teivakulantey menyifatkan pemberian itu seakan tidak sensitif memandangkan bangsa India secara dasarkan tidak memakan daging lembu.
Ini kerana masyarakat India tidak memakan daging lembu kerana haiwan itu dianggap binatang suci dan merupakan anugerah daripada tuhan kepada manusia yang perlu dihargai.
Oleh sebab itu, ada segelintir masyarakat India yang sensitif sekiranya ada individu yang menawarkan daging lembu kepada mereka.
“Beef burger, macam mana awak boleh bagi saya? Saya orang India,” kata pelanggan itu kepada pekerja berkenaan.
Pekerja mohon maaf, hanya ikut prosedur
Pekerja restoran berkenaan secara sopan memohon maaf kepada pelanggan tersebut atas insiden yang berlaku.
Jelasnya, pemberian burger percuma itu adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh syarikat.
Bagaimanapun, pelanggan berbangsa India berkenaan enggan menerima penjelasan dan permohonan maaf daripada pekerja tersebut. Malah, dia turut mendakwa telah termakan makanan tersebut dan secara tidak langsung sudah melanggar perintah agamanya.
“Jadi macam mana cara kamu nak selesaikan perkara ini? Sebab kalau tak makan lain cerita, ini dah makan.
“Jadi macam mana cara dia? Takkan sana tak tahu saya pesan enam burger ayam, macam mana dia boleh tersilap bagi burger lembu?
“Kalau saya beli burger daging, dia boleh la bagi burger daging,” kata pelanggan berkenaan.
@teivakulantey4 Kasi Share Dan Repost Sampai Dapat Keadilan Untuk Semua Kaum India @JEEVA @mathanedward @viral_vairamuthu @jdt04suren @jdtsuren0418 @bobgally4 @parlimentambunofficial @Akka Nasi Lemak Seri Kembangan @ɑׁׅ℘℘ᥣׁׅ֪ꫀׁׅܻ ⚡️♠️ @CR-VEERA @yametehgirl @Deena Dinish Vivekananda @vanakammalaysia
Artikel lain: Konon pernah kerja situ, wanita buat ‘renyah’ pesan menu di restoran ‘fast food’
Pesan melalui pandu lalu
Menerusi ruangan komen, pelanggan itu mendakwa dia membuat pembelian secara drive thru di restoran yang terletak di Tambun, Ipoh itu.
Sumber: TikTok @teivakulantey4
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source