Sukar nak jamah makanan, pesakit menangis ‘aunty’ datang bantu suapkan nasi
Tindakan seorang wanita berbangsa India yang membantu menyuapkan makanan kepada seorang pesakit di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah berjaya tarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, dia memberitahu ternampak pesakit lelaki terbabit mengalami kesukaran untuk menikmati makanan yang terhidang.
Susulan itu, ibunya datang menghulurkan pertolongan dengan menyuapkan makanan menggunakan sudu bagi memudahkan urusannya menjamah hidangan yang disediakan oleh pihak hospital.
Pesakit menangis
@jamzapparels Saw him struggling to eat and my family got their back✨🥺 #hsa
Artikel lain: Sudah cecah 80 tahun, warga emas timang cahaya mata lagi!
“Nampak dia alami kesukaran untuk makan dan keluarga saya datang beri bantuan kepadanya,” ujar pemilik video terbabit.
Dalam perkongsian itu juga, kelihatan pesakit lelaki tersebut menangis terharu atas keikhlasan wanita bergelar ibu membantunya ketika alami kesusahan.
Sehingga kini, hantaran tersebut raih lebih 1.1 juta tontonan dan mendapat lebih 159,000 tanda suka selepas dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Pesakit menangis
Netizen turut sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat momen mahal tersebut dan memuji sikap prihatin wanita berkenaan terhadap insan lain tanpa mengira status bangsa atau agama.
Ada yang berkongsi pengalaman yang sama
Bukan itu sahaja, ramai turut berkongsi pengalaman pernah dibantu oleh individu yang tidak dikenali ketika menjadi pesakit di hospital.
Sumber: TikTok @jamzapparels
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source