Restoran rugi besar, individu menyamar dari UM order hidangan untuk 500 orang
Sebuah restoran rugi besar selepas menjadi mangsa penipuan individu yang mendakwa mereka dari Universiti Malaya (UM) dan memerlukan hidangan untuk 500 orang.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, restoran yang terletak di Kuala Lumpur itu telah memuat naik beberapa foto menerangkan bagaimana kejadian tersebut berlaku ke atas mereka.
Restoran rugi besar ditipu individu menyamar dari UM
“Pengumuman buat rakan perniagaan kami. Kami menerima satu panggilan telefon dan mendakwa mereka dari Universiti Malaya.
Mereka menempah hidangan untuk 500 orang dan program tersebut sepatutnya berlaku pada 7 Jun,” kata pada ruangan kapsyen.
Restoran itu kemudian memberikan penjelasan lanjut menerusi foto yang dimuat naik dan berkata individu yang mendakwa dari UM membuat tempah pada saat akhir.
“Menurut individu dari UM itu, mereka memerlukan katering segera kerana vendor asal mereka menarik diri pada saat akhir.
“Kami bersetuju dan telah menandatangan semua dokumen yang diperlukan. Dipendekkan cerita, ia merupakan scam. Tiada acara atau tempahan yang dilakukan dan semua dokumen telah dipalsukan,” ujarnya.
Tambahnya, tidak lama kemudian restoran itu mendapati rupanya bukan mereka sahaja yang menerima panggilan daripada scammer itu.
Beberapa restoran rugi besar angkara individu menyamar dari UM
“Kami mendapati terdapat syarikat katering lain yang mengalami perkara yang sama sehingga menyebabkan kerugian yang sangat teruk,” kongsinya.
Dalam pada itu, restoran itu turut meminta mana-mana pihak yang memerlukan hidangan boleh menghubungi mereka untuk membeli makanan tersebut.
Restoran itu menyatakan mereka telah memfailkan laporan polis disamping memaklumkan pihak UM berkenaan scammer yang menggunakan nama mereka.
Menerusi tinjauan, restoran itu telah membuat hantaran terbaru memaparkan laporan polis yang telah difailkan di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.
Artikel lain: Pelanggan berbangsa India kecewa, staf restoran ‘fast food’ bagi burger daging percuma
Pada laporan itu, restoran berkenaan berkata pada 7 Jun ini mereka datang ke UM untuk menghantar hidangan tersebut namun apabila tiba di Dewan Canselor universiti itu, mereka dimaklumkan tiada sebarang acara pada hari itu.
Disebabkan itu, mereka memfailkan laporan itu bagi memastikan tiada perniagaan lain yang menghadapi kejadian yang sama seperti mereka.
Sementara itu, restoran itu berjaya menghalang kerugian berlaku dengan teruk kerana terdapat beberapa orang yang telah menyalurkan bantuan buat mereka.
“Kami sangat berterima kasih kepada semua orang kerana telah berkongsi kisah kami dan memberikan sokongan. Terima kasih juga dengan bantuan anda, kerana kami telah berjaya menjual semua hidangan itu.
“Terima kasih kepada anda semua, restoran kami tidak mengalami kerugian teruk. Kami sangat hargai bantuan anda semua,” katanya.
Sumber: Facebook PichaEats
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source