Ustaz Kazim Elias anggap satu kerugian besar rehatkan Ustaz Don, mudah sampaikan dakwah
Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias anggap satu kerugian besar merehatkan Ustaz Don Daniyal Biyajid daripada muncul di kaca televisyen (TV).
Menurutnya, Ustaz Don yang juga anak didiknya mempunyai kelebihan dalam menarik ramai pihak untuk mendekati agama.
Ustaz Kazim Elias anggap satu kerugian besar
Datuk Mohd Kazim Elias berkata, Ustaz Don mempunyai cara tersendiri yang membuatkan ramai terutama anak muda mudah memahami.
Oleh itu, dia menyifatkan kerugian besar buat pihak yang merehatkan pendakwah itu daripada bercakap menerusi saluran media utama.
“Ustaz Don adalah anak murid saya sebelum ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Dia seorang pendakwah yang mempunyai cara penyampaian mudah difahami.
“Anak-anak muda boleh ikut dengan bahasa sopan-santun dan lemah lembutnya. Dia berjaya menarik minat ramai orang.
“Bagi saya, perkara ini sebagai satu kerugian besar sekiranya Ustaz Don tidak lagi boleh bercakap menerusi saluran media utama.
“Memang ada media sosial, tapi orang tetap hendak lihat di saluran media utama seperti TV, radio dan sebagainya,” kata kepada OhMyMedia.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada tayangan perdana filem, Zim Zim Ala Kazim di GSC The Starling, semalam.
Asam garam, perlu hormat keputusan
Ustaz Kazim bagaimanapun menganggap perkara yang menimpa Ustaz Don adalah asam garam yang perlu dilalui sebagai pendakwah.
Dia juga menganggap perkara yang menimpa Ustaz Don sama dengan situasinya yang pernah ‘digam’ daripada menyampaikan ceramah suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, pendakwah berusia 51 tahun itu yakin segalanya dapat diperbetulkan dengan kerjasama Ustaz Don sendiri.
“Mungkin ada penjernihan yang perlu dibuat oleh Ustaz Don. Ketika ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah memanggilnya dan Mufti Wilayah Persekutuan juga ada berikan kenyataan.
“Saya juga pernah kena ‘gam’. Namun, saya hormat keputusan itu dan harus perbetulkan semula kesilapan saya.
“Saya percaya, bila kita buat yang terbaik, saluran seperti TV dan radio akan panggil semula. Begitu juga dengan masyarakat,” kata Ustaz Kazim.
Minta jangan terus hukum, beri peluang jernihkan keadaan
Dalam pada itu, Ustaz Kazim berharap agar orang ramai tidak terus menghukum Ustaz Don dan memberi peluang kepadanya untuk menjernihkan semula keadaan.
Pada masa sama, Ustaz Kazim percaya Ustaz Don mampu menghadapi dugaan dengan baik, namun tidak menghubunginya kerana mahu memberi ruang untuk pendakwah itu menenangkan diri.
“Bagi pihak masyarakat pula, janganlah terus menghentam Ustaz Don seolah-olah tidak pernah berbuat baik.
“Apa salah Ustaz Don sampai kena maki hamun. Kalau betul salah, kita berjumpa dan nasihat dengan baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan Ustaz Don direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan RTM.
Ia susulan pertikaian netizen membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan beliau ketika bersiaran di konti stesen radio hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.
Artikel lain: Ustaz Don terima dengan hati terbuka, dipanggil JAKIM beri penjelasan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source