Intan Najuwa minta ‘lelaki2 bitter’ henti cemburu kehidupannya lepas kahwin
Baru-baru ini, pelakon cantik, Datin Intan Najuwa memaklumkan yang suami, Datuk Ahmad Azraf Azman memintanya untuk berehat dirumah dan tidak mengambil tawaran berlakon dalam tempoh terdekat.
Susulan daripada kenyataan tersebut, ternyata ada sesetengah lelaki yang ‘bitter’ dengan kehidupan pelakon berkenaan sehingga meninggalkan komen-komen negatif kepadanya.
Ramai lelaki bitter rupanya
Jadi, menerusi posting terbaru Intan di Insta Story, dia mengakui perasan bahawa terdapat sesetengah lelaki yang ‘cemburu’ dengan apa yang dinyatakan sebelum ini.
Intan Najuwa sudah ada karier & pendapatan sendiri sejak bujang lagi
Disebabkan itu, pelakon drama Racun Raihana berkenaan menjelaskan bahawa dirinya mempunayi karier, aset, perniagaan dan pendidikan sendiri sejak belum berkenalan dengan suami lagi.
Dia juga mempunyai pendapatan sendiri dan jika dalam tempoh setahun tidak mengambil tawaran berlakon, ia sama sekali tidak akan menyusahkan orang lain.
“Saya bekerja keras untuk mendapatkan apa yang saya ada sekarang . Jadi, bagilah saya menikmati kehidupan berumah tangga lebih-lebih lagi perkara tersebut adalah permintaan dari suami.
“Kan bagus seorang isteri mendengar apa yang suami mereka inginkan, betul tak?”soal Intan.
Intan Najuwa ‘sekolahkan’ lelaki yang risau wanita habiskan duit suami
Dalam pada itu, Intan turut ‘menyekolahkan’ sesetengah lelaki yang tidak senang dengan kehidupan seorang isteri dimana hanya tinggal dirumah apabila sudah berkahwin.
Menurut pelakon tersebut, para lelaki tidak perlu risau kerana bukan semua wanita mahukan duit suami kerana mereka juga mempunyai kerjaya serta duit sendiri.
“Apa pun terjadi, kami tahu macam mana nak ada kewangan sendiri. Walaupun kami duduk di rumah, kami tahu macam mana nak menyediakan keperluan dan segalanya sendiri,” tulisnya lagi.
Artikel lain: Suami minta berehat di rumah, Intan Najuwa tak berlakon tahun ini “Dia nak manjakan saya”
Intan Najuwa minta lelaki ‘bitter’ diam!
Pelakon berusia 27 tahun itu mengatakan jika individu terbabit merupakan seorang lelaki, pastinya dia tahu bahawa apa yang terbaik untuk isteri dan keluarga.
Jadi, dia meminta agar mana-mana lelaki yang tidak senang dengan kehidupannya selepas berkahwin untuk diam.
Terdahulu, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid memaklumkan yang suami tercinta mahu dia berehat dirumah setelah ditanya oleh peminat bilakah mahu kembali ke set pengambaran semula.
Menurut pelakon itu, pada tahun ini dia akan fokus kepada rumah tangga kerana suami mahu memanjakannya memandangkan baru sahaja berumah tangga pada tahun lalu.
Sumber: Instagram intannajuwa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source