Rancang filem baharu, Mawi mahu kongsi pengalaman peribadi
Penyanyi Mawi mahu kongsi pengalaman peribadi menerusi satu filem baharu yang bakal memaparkan bagaimana dia melalui kematian suatu ketika dahulu.
Menurut Mawi, dia sudah menyiapkan sebuah draf berkenaan kandungan yang mahu disampaikan menerusi filem baharu yang bertajuk ‘Sakaratul Maut’.
Mawi mahu kongsi pengalaman peribadi rasai kematian
“Saya sebenarnya dah ada satu skrip, saya nak buat filem yang serius dan bukan komedi seperti filem ini.
“Tajuk dia, Sakaratul Maut, tajuk yang berat. Filem ini berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri lah, bila saya diberi pengalaman untuk mati sekejap.
“Merasakan sakaratul maut, roh itu keluar dari tubuh dan dimasukkan balik. Jadi benda tu, saya nak cuba gambarkan dan filemkan untuk tatapan lah supaya kita faham tentang kematian,” katanya.
Penyampai di stesen radio Zayyan FM itu berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media filem arahannya, Zim Zim Ala Kazim di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mawi turut mengakui dia tidak menyangka ‘Fenomena Tsuwami’ sebenarnya telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada warga Malaysia.
Artikel lain: Kenang Fenomena Tsumawi, Mawi dedah pernah dikawal 40 ‘bodyguard’
“Saya nak bagi reaksi pun tak reti dengan apa yang jad. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat tahu banyak benda yang berlaku waktu itu dan sebelum ini saya langsung tak tahu.
“Bila baca komen, ada mak yang suruh anak-anak dia potong rambut botak, rupa-rupanya banyak sekolah yang nak murid potong rambut jadi botak dan ada juga yang sanggup potong gambar saya dan tampal kat almari dan dinding.
“Banyak benda-benda yang buat saya cakap ‘serius la?’. Jadi benda-benda itu. Bila dorang bercerita balik, baru saya dapat tahu,” ujarnya.
Mawi yang menjadi salah seorang pelakon dalam filem Zim Zim Ala Kazim turut berkata dia tidak tahu sekiranya ada orang lain yang mampu mengulangi fenomana sama.
Pernah rasai kematian, Mawi mahu kongsi pengalaman peribadi
“Saya tak ada jawapan berkenaan pelapis saya. Saya pun tak boleh mengaku fenomena itu untuk saya. Orang nak cakap tu, itu pendapat dorang. Saya sedar saya tak ada apa-apa, cuma budak Felda dan orang kampung,” ujarnya.
Bercakap tentang filem Zim Zim Ala Kazim, Mawi berkata dia mendapat inspirasi untuk mencipta filem itu selepas mendengar perkongsian pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias tentang pengalamannya disantau.
“Saya selalu dengar ceramah Ustaz Kazim dan dia selalu kongsi tentang dia disantau. Jadi ada beberapa pengalaman ustaz tu terjadi pada saya.
“Bermula di situ, saya rasa nak jumpa Ustaz Kazim dan akhirnya dijumpakan selepas ustaz dijemput menjadi tetamu di Zayyan FM.
“Di situ saya bercerita pengalaman saya dan pada masa yang sama ustaz bercerita pengalaman dia lebih detail. Dalam perbualan itu, saya spontan cakap dengan ustaz dan ajak buat filem. Ustaz dekat situ juga setuju.
“Itu yang menyebabkan saya buat la, sebab pengalaman Ustaz Kazim tu lebih kurang macam saya,” katanya.
Mawi mahu kongsi pengalaman peribadi
Sekadar info, Mawi merupakan juara Akademik Fantasia 3 yang berlangsung pada tahun 2005 dan pada tahun yang sama, dia turut memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian.
Frasa ‘Mawi Word’ cukup melekat buat anak jati Felda Taib Andak terbabit sehingga pelbagai produk mahu mengambilnya sebagai duta selepas menjuarai program realiti televisyen tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source