Rita Rudaini kongsi kriteria calon menantu, ‘reject’ wanita joget2 di sosial media
Aktres terkenal, Rita Rudaini kongsi kriteria calon menantu apabila ditanya tentang pilihan anak-anak jika mereka mahu berumah tangga pada masa akan datang.
Sebut ciri-ciri calon menantu
Memetik laporan temubual bersama Suara Sarawak, Rita memaklumkan dia kurang suka wanita yang terlalu menggunakan menggunakan media sosial untuk tujuan tidak bermanfaat seperti berkongsi video ‘joget-joget’.
Ujarnya, dia lebih suka wanita yang tidak berkongsi gambar di media sosial ataupun hanya memuat naik foto wajah yang tidak berapa kelihatan.
@suarasarawak
“Saya cakap tengok mommy. ‘Nanti kalau awak buat tak tentu hala dekat perempuan, siap’ saya cakap. Tapi bagi mommy tengok tau kalau ada siapa-siapa mommy kena scan.
“Mommy yang penting tak suka perempuan yang ada Instagram sebab mommy tak suka perempuan yang macam dia terlampau (berkongsi). Boleh ada media sosial tapi tak boleh macam budak-budak sekarang, joget-joget.
“Ada orang ada media sosial tapi tunjuk pemandangan, dia tak tunjuk muka dia, dia tunjuk apa yang dipakai tapi tak tunjuk muka. Yang itu mommy restu,” ujarnya.
Rita Rudaini kongsi kriteria calon menantu, tak suka yang main sosial media sangat
Jelasnya, permintaan tersebut sebenarnya disebabkan rasa bimbang tanggungjawab yang akan dipikul memandangkan anak-anaknya adalah lelaki yang bertindak sebagai seorang suami kelak.
“Sebab anak saya lelaki tanggungjawab dia berat saya tak nak dia jadi seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bukan senang nak jaga.
“Pandai arah saja jangan pakai itu ini, jangan keluar tanpa saya. Sebelum tidur minta kebenaran bagi tahu nak tidur. Geram je. Yang perempuan pun ikut lah sebab cinta,” katanya lagi.
Artikel lain: Rita Rudaini tegur program lelaki & wanita serumah-“Nak tiru barat, dorang bukan Islam ..”
Rita Rudaini kongsi kriteria calon menantu, sebab anak2 lelaki besar tanggungjawab
Perkongsian Rita telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang dibuat.
Mereka akui tindakan pelakon itu ada betulnya kerana seorang lelaki apabila mahu berkahwin nanti dia perlu bersedia memikul tanggungjawab kepada isteri memandangkan mereka adalah ketua dalam sebuah keluarga.
Nak jaga anak orang bukan senang
Tanggungjawab seorang lelaki & suami besar
Ramai ibu2 pesan dekat anak lelaki hal yang sama
Untuk rekod, Rita Rudaini mempunyai dua orang cahaya mata lelaki hasil perkongsian hidup dengan bekas pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Walau bagaimanapun, mereka yang mendirikan rumah tangga pada 2008 memilih untuk bercerai pada September 2013.
Sumber: TikTok suarasarawak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source