Sudah lama mahu bertudung, Syasya Rizal luah syukur dapat ubah penampilan
Bekas ahli kumpulan Dolla Syasya Rizal luah syukur kerana dapat mengubah penampilannya walaupun masih dalam proses untuk terus istiqamah.
Memetik laporan Astro Gempak, Syasya berkata dia sudah lama ingin bertudung namun terpaksa menunda hasratnya itu atas sebab terikat dengan kerja.
Syasya Rizal luah syukur dapat ubah penampilan
“Sebenarnya saya memang dah ada niat untuk bertudung lama la juga tapi sebab kerja, saya rasa tak sesuai sangat dengan personaliti saya ketika bersama Dolla.
“Bila saya keluar dari Dolla, Alhamdulillah dah kahwin sekarang. Jadi saya rasa inilah masa sesuai untuk perlahan-lahan istiqamah dan mencari hala tuju baharu dalam hidup.
“Saya masih perlahan-lahan untuk belajar dan masih mencari gaya tudung yang sesuai untuk wajah saya, tengah beli-beli tudung juga. Slowly but surely,” katanya.
Dalam pada itu, Syasya turut menyatakan dia kini berasa semakin tenang dalam kehidupan disamping menyuarakan rasa kesyukuran dengan kehadiran suaminya, Nasrullah.
Syasya Rizal luah syukur dengan kehadiran suami
“Alhamdulillah tenang, sekarang ini pun ada suami saya yang banyak juga beri nasihat. Kadang-kadang kalau saya tak ada masa nak gosok tudung, dia yang tolong. Bila ada dia senang la juga,” ujarnya.
Artikel lain: Suka kartun Doraemon, Syasya Rizal jatuh cinta lihat wajah suami mirip Nobita
Sementara itu, Syasya juga berkongsi dia tidak membuang pakaian lamanya namun diberikan kepada adik perempuannya jika masih boleh digunakan.
“Baju lama-lama tak buang tapi ada yang bagi dekt adik. Mana yang boleh dipakai balik, saya beri kepada adik sebab dia masih kecil kan. Tapi memang kita ubah semua pakaian saya. Mula-mula kita kena rembat tudung orang dulu, tudung ibu untuk tengok sesuai ke tak,” kongsinya.
Akhirnya dapat bertudung, Syasya Rizal luah syukur
Ibu kepada Syasya atau Farah Farina Abd Razak turut mendedahkan anaknya itu sememangnya bertudung ketika masih berada di zaman sekolah.
“Syasya ini masih sekolah dia memang bertudung sebelum dia aktif dalam dunia menari dan Dolla. Bila kali dia nak bertudung, saya minta dia fikir betul-betul, buat keputusan betul-betul.
“Jangan main-main, hanya sekadar nak pakai sebab nak jual. Jangan main agama, tapi dia memang nak belajar jadi saya sokong dia. Saya terkejut jugalah tiba-tiba dia nak pakai tudung.
“Saya sokong saja sebab dia pun ada rembat tudung saya,” katanya.
Sumber: Astro Gempak (Asyikin Mayudin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source