Membesar lihat kesusahan, Ali Puteh dan isteri titip pesan buat anak2
Pelawak Ali Puteh dan isteri titip pesan dan nasihat buat anak-anaknya untuk tidak berpecah belah disebabkan harta dan dunia.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Ali Puteh telah memuat naik beberapa foto memaparkan anak-anaknya beserta kapsyen yang agak sebak.
Ali Puteh dan isteri titip pesan buat anak-anak
“Tiada apa yang dapat aku ucap, hanya bersyukur dengan segala kurniaan dari Ilahi. Tiba masanya kita melangkah dengan penuh hiba dengan segala takdir dari yang Esa.
“Yang pergi takkan kembali dan yang hidup teruskan sehingga tiba masanya nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Ali Puteh turut berharap agar anak-anaknya tidak melupakan pesan dan nasihat daripada dirinya dan isteri.
“Kakak, abang dan adik, ingatlah pesan ibu dan walid bila kamu besar nanti. Jangan berpecah belah dek kerana harta. Jangan berpecah belah dek kerana dunia.
“Jangan termakan dek cacian dan makian dari orang. Besarlah kamu dengan segala kasih dan sayang sebagai keluarga,” ujarnya.
Ali Puteh dan isteri titip pesan, jangan berpecah kerana harta
Sementara itu, Ali Puteh juga menulis tak kira di mana diri mereka berada pasti akan ada individu yang tidak berpuas hati dengan mereka.
Artikel lain: Ali Puteh selesai bayar hutang, wakili keluarga arwah Abam mohon maaf
“Bila kita dibawah orang tidak akan suka dan tertawa. Bila kita di atas juga orang tidak akan pernah diam dan suka melihat kita.
“Selagi ada daya ibu dan walid, akan kami bahagiakan kamu wahau anak. Jangan risau jika tiada kawan dan jangan risau jika tiada yang peduli. Walid dan ibu sentiasa ada buat kamu wahai anak,” luahnya.
Ali Puteh turut meluahkan dia merasa sedih apabila anak-anaknya terpaksa membesar dalam keadaan melihat kesusahan kedua ibu bapa mereka.
“Mari ita melangkah dari segala kekusutan dan ujian dan terus maju ke depan kerana Allah maha Adil, maha kaya dan maha mendengar.
“Sedih melihat kamu membesar dengan penuh ujian dari walid dan ibu. Semoga Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah kita sekeluarga,” katanya.
Anak2 membesar dalam kesusahan, Ali Puteh dan isteri titip pesan jangan berpecah sebab harta
Terdahulu, Ali Puteh telah menerima saman fitnah daripada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun Instagramnya.
Menerusi hantaran itu, antara dakwaan Ali Puteh terhadap Siti Norhidayah adalah wanita itu seorang yang tidak bertanggungjawab.
Kes tersebut berpihak kepada Siti Norhidayah dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari 2022 telah memerintahkan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepadanya.
Ali Puteh kemudian berjaya membayar hutang tersebut kepada Siti Norhidayah pada awal Mac 2024 selepas timbul beberapa pertikaian antara mereka sebelum ini.
Sumber: TikTok Ali Puteh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source