Pihak polis mungkin sudah ada petunjuk besar kes Zayn Rayyan?
Pihak polis mungkin sudah ada petunjuk besar kes Zayn Rayyan susulan ibu mangsa yang masih berada dalam tahanan reman dibawa ke kediaman mereka di Apartment Idaman, Damansara Damai serta lokasi mayat mangsa ditemui bagi melakonkan semula kejadian kehilangan.
Mungkin siasatan sudah hampir sampai ke garisan penamat?
Memetik laporan dari Harian Metro, satu petunjuk besar mungkin telah ditemui oleh pihak berkuasa sepanjang siasatan sewaktu tempoh reman terbabit.
Hal ini susulan tindakan melanjutkan tahanan reman suspek serta membawa ibu mangsa bagi melakonkan semula kejadian tersebut.
Pihak polis mungkin sudah ada petunjuk? Bawa patung kanak2 di lokasi kehilangan
Dalam pada itu, ibu kepada kanak-kanak autisme itu telah dibawa oleh pihak polis menaiki van putih menuju ke Blok R lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter daripada blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.
Turut dibawa sama adalah satu patung kanak-kanak yang tidak pasti kegunaannya dalam lakonan semula di lokasi-lokasi terbabit.
Pihak polis mungkin sudah ada petunjuk? Pengarah JSJ pun tinjau proses lakon semula
Sekitar jam 12.55 tengah hari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tiba di Apartment Idaman dam diberi taklimat serta penerangan berhubung proses lakonan semula itu oleh pegawai daripada pasukan siasatan.
Artikel lain: Ibu bapa Zayn Rayyan menangis tertekan, tegas pelaku sebenar masih di luar!
Peguam masih tunggu hasil siasatan
Difahamkan, pihak polis telah keluar daripada lokasi terbabit sekitar jam 2.12 petang dan belum ada sebarang maklumat hasil daripada proses terbabit.
Dalam pada itu, peguam yamg mewakili ibu Zayn Rayyan memaklumkan mereka juga masih menunggu hasil siasatan.
“Kita tunggu hasil siasatan,” katanya ringkas.
Terdahulu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bin Zaim Ikhwan, 6, telah ditahan reman oleh polis untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan anak mereka.
Selepas tempoh reman tamat, pihak berkuasa memohon agar tempoh berkenaan dilanjutkan lagi untuk enam hari.
Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source