Nampak baby bump? Syasya Rizal nafi hamil, bahagia makan banyak lepas kahwin
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal nafi hamil seperti didakwa netizen selepas perubahan bentuk badannya menarik perhatian ramai sewaktu majlis persandingan pada Sabtu lalu.
Dakwaan tersebut disangkal Syasya dengan menyatakan dia juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan.
Syasya Rizal nafi hamil
Syasya atau nama penuhnya Nor Syasya Afiqah Shahrizal berkata, dia pasti akan mengumumkan berita gembira itu jika benar-benar hamil terutama kepada peminatnya.
Namun, setakat ini dirinya yakin belum hamil meskipun masih belum membuat sebarang pemeriksaan.
“Setakat ini macam biasa sahaja. Saya rasa normal sahaja sebab itu saya tidak membuat pemeriksaan.
“Kalau ada insyaAllah, saya akan kongsikan kepada semua. Tapi buat masa ini, apa saya boleh katakan.. tiada lagi (hamil),”jawabnya.
Artikel lain: Suami Syasya Rizal batal sambung belajar di luar negara, mahu fokus rumah tangga
Mungkin baju ketat, makan banyak lepas kahwin
Dalam pada itu, cucu kepada pelakon veteran Rozie Othman memberitahu, busana pengantin yang digayanya pada malam itu berkemungkinan sedikit ketat dan menyebabkan bahagian perutnya kelihatan.
Selain itu, Syasya berkata, kebahagiaan yang dikecapi selepas mendirikan rumah tangga menjadi salah satu faktor membuatkan berat badannya bertambah.
“Mungkin juga sebab baju pengantin yang saya pakai ini agak ketat sedikit. Jadi, nampaklah seperti ada baby bump. Tapi sebenarnya tidak pun.
“Saya ada juga terbaca komen netizen yang kata saya hamil. Saya cuma buncit sedikit saja.
“Saya rasa lepas kahwin kalau gemuk perkara biasa, bahagia makan banyak,”katanya.
@magicaevents @Sya2 so pretty like an angel! 🧚🏻♀️ Congratulations both of you, Syasya & Nas! #naskhahcintauntuksyasya #eventvenue #wedding #magicaevents #weddingday #fyp #events #kahwin #sanding #fypシ゚ #pelamin #syasyadolla #dolla
Kongsi Syasya, dia dan suami, Nasrullah Mohd. Sapie, 23, selalu keluar mencari makan dan dia sendiri tahu akan jawapan mengenai perubahan berat badannya. Namun memilih untuk tidak memberi sebarang respons mengenainya.
Sementara itu, Syasya dan suami tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki zuriat pada awal perkahwinan dan tidak mempunyai perancangan mengenai hal berkenaan.
Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah telah mendirikan rumah tangga pada 21 April 2024 selepas mengumumkan pengunduran diri dari kumpulan Dolla.
Sumber: mStar Online (Ain Norman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source