Tak cemburu, Amelia Henderson layak terima pujian Sharnaaz
Pelakon Aedy Ashraf nafi mempunyai perasaan cemburu terhadap aktor Sharnaaz Ahmad yang memuat naik foto bersama teman wanitanya dan berkata Amelia Henderson layak terima pujian.
Menurut Aedy, orang ramai tidak perlu berasa kurang senang dengan hantaran Sharnaaz di Instagram yang memaparkan dirinya dan Amelia.
Amelia Henderson layak terima pujian dari Sharnaaz
Menurut Aedy, dia melihat dari sudut positif disamping menyatakan Amelia berhak menerima pujian atau pendapat mengenai lakonannya daripada rakan seangkatan seperti Sharnaaz.
“Saya rasa biasalah, netizen nak cakap apa pun dorang boleh cakap. Tapi saya tidak nampak benda itu sebagai satu perkara negatif.
“Sebaliknya bagi saya ia positif dan Amelia juga pelakon yang bagus. Jadi, siapa-siapa yang mahu memujinya, sudah tentu dia layak untuk menerima pujian itu.
“Sekarang orang sudah mula nampak lakonannya semakin bagus dan dia berhak untuk menerima pujian,” katanya.
Artikel lain: Sharnaaz panik, Aedy Ashraf ajak ‘sparring’ lepas kongsi gambar dengan Amelia Henderson
Pelakon berusia 31 tahun itu berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Pelakon Kahar Kapla High Council pada Selasa.
Dalam pada itu, Aedy turut berkongsi hubungannya dengan Sharnaaz boleh diibaratkan seperti abang dan adik dan mereka juga pernah berbalas komen dan mesej di Instagram.
Anggap seperti abang, Amelia Henderson layak terima pujian Sharnaaz
“Janganlah marah (netizen) Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Dia punya teguran atau pun pujian itu membina. Saya dan dia pun sudah seperti adik, abang. Kami juga ada berbalas komen di Instagram dan Direct Message (DM).
“Saya menghormati dia sebagai seorang pelakon dan juga abang. Kami semua sama-sama satu industri dan saya pun tidak nampak maksud lain ketika dia membuat posting pujian itu,” ujarnya.
Terdahulu, Sharnaaz telah memuat naik satu foto memaparkan dirinya bersama Amelia di Instagram bersama kapsyen memuji aktres itu.
Aedy tak cemburu, Amelia Henderson layak terima pujian
Menerusi hantaran tersebut, Sharnaaz kelihatan segak memakai busana sedondon dengan Amelia membuatkan ramai yang memuji kedua-dua pelakon itu.
Pada ruangan komen perkongsian itu, rata-rata warga maya mengatakan Sharnaaz dan Amelia kelihatan sangat secocok bersama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source