Buat kontroversi madukan isteri, pasangan pempengaruh didakwa seleweng kutipan derma?
Hari ini, tular di media sosial mengenai pasangan pempengaruh didakwa seleweng kutipan derma bagi tujuan peribadi.
Menerusi hantaran tular dimuat naik di halaman Facebook Pseudoscience Watch (PW) atau lebih dikenali sebagai PW Community, pihak berkenaan mendakwa pasangan pempengaruh yang terkenal dengan memberi kata-kata motivasi menyalahgunakan saluran kutipan derma atas tujuan peribadi.
Artikel lain: “Saya dan Aedy kawan. Tak rapat macam dulu..”- Amelia Henderson putus cinta?
Pasangan pempengaruh didakwa seleweng
Menurut PW Community, pasangan itu pernah menggemparkan satu Malaysia apabila si suami pernah mencipta kontroversi dengan memadukan isteri pada tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, pasangan ini juga pernah membuatkan hati ramai tersentuh apabila isterinya yang sedang hamil pada ketika itu didakwa menjadi mangsa aniaya dalam rumah tangga. Bagaimanapun, si suami menafikan dakwaan tular berkenaan.
“Madu Dua The Teaser. Isu utama adalah kutip derma untuk kepentingan peribadi.
“Hampir setiap bulan ada sahaja program kutipan derma untuk tujuan berbeza. Sanggup cipta kontroversi madukan isteri untuk publisiti dan simpati.
“Awam cukup senang tersentuh dengan isteri teraniaya, dan makin lebatlah kutipan derma,”dakwa PW Community.
Bekas pekerja, orang terdekat tahu
Dakwa PW Community lagi, penyelewengan itu hanya diketahui oleh individu yang pernah terlibat dengan mereka seperti bekas bekerja butik pempengaruh wanita berkenaan, pembekal tudung dan personaliti media sosial lain.
Selain itu, hasil jualan tudung yang diambil daripada pembekal juga dikatakan tidak mampu menampung kemewahan mereka seandainya kesemua tudung habis terjual.
“Pekerja yang persoal audit kutipan derma akan dibuang serta-mereka,”dakwanya lagi.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kenyataan berbalas daripada pasangan berkenaan meskipun warganet sudah mula membanjiri media sosial mereka sebaik sahaja dakwaan tersebut tular.
PW Community juga menjanjikan pihak mereka akan membongkarkan dengan lebih terperinci mengenai kes melibatkan pasangan pempengaruh itu.
Sumber: FB PW Community
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source