Datuk & nenek Zayn Rayyan dibebaskan, hanya diminta beri keterangan- “Mereka tidak apa-apa isu..”
Datuk dan nenek Zayn Rayyan dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian cucu mereka pada 6 Disember lalu.
Datuk & nenek Zayn Rayyan dibebaskan
Peguam yang mewakili datuk dan nenek kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Fahmi Abd Moin berkata, anak guamnya dibebaskan dengan jaminan polis berserta syarat.
Jelasnya, Zahari Mohd Reba, 56, dan isterinya, Hasni Zakaria, 56, tidak mempunyai sebarang isu kerana hanya diminta memberi keterangan kepada pihak polis sahaja.
“Pada jam 2.30 petang, kedua-dua anak guam (Zahari dan Hasni) dibebaskan dengan jaminan polis. Mereka tidak apa-apa isu hanya diminta untuk memberikan keterangan kepada polis bagi menyambung keterangan yang diberikan sebelum ini.
“Kedua-duanya perlu melaporkan diri di balai polis setiap sebulan sekali dan saya pasti anak guam akan mematuhi apa-apa perintah dari polis dan akan sentiasa memberikan kerjasama erat untuk mencari siapakah pembunuh adik Zayn Rayyan,”katanya.
Nak balik berehat, jumpa anak menantu & cucu
Sementara itu, Zahari memuji sikap profesionalisme dan layanan pihak polis terhadap dirinya.
Setakat ini, dirinya hanya mahu pulang berehat di rumah selain bertemu anak, Zaim Ikhwan) dan menantu (Ismanira)
“Makan dan minum saya dijaga dengan baik. Sekarang ini saya tidak cukup tidur dan ingin pulang ke rumah untuk berehat serta bertemu dengan anak dan menantu.
“Sepanjang saya tiada adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Mateen dijaga sepupu di Rawang,” katanya.
Tambah Zahari, adik kepada arwah Zayn Rayyan pula mengalami susut badan kerana tidak mahu makan.
“Sekarang ini sepupu saya jaga cucu seorang lagi dan setiap kali waktu petang dia akan selak langsir rumah untuk tengok ‘mummy’ dengan ‘daddy’ dia dah balik atau tidak.
“Badan dia macam susut sebab tak mahu makan jadi saya simpati dengan nasib dia,” ujarnya.
Artikel lain: Adik lelaki Zayn Rayyan kerap buka pintu & selak langsir, tunggu ibu bapa balik
Pada Rabu, Zahari dan Hasni ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada hari yang sama, datuk dan nenek Zayn Rayyan itu bersama anaknya hadir di Kompleks Mahkamah di sini, selepas dimaklumkan mengenai menantu perempuannya iaitu ibu kanak-kanak terbabit direkod keterangan di hadapan majistret.
Pengesahan penahanan pasangan itu dibuat oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan; Raja Noraina Raja Rahim dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source