Pertempuran Al-Mansourah (1250 Masihi) : Kekalahan yang memalukan buat Perancis
Perang Salib telah ditiupkan lagi oleh Raja Raja Eropah. Ini adalah siri Perang Salib yang ketujuh bagi pasukan Kristian. Pasukan ini diketuai oleh Raja Perancis iaitu King Louis IX.
Kebiasaannya, perang Salib ini menyasarkan Baitul Maqdis sebagai sasaran mereka. Dan kebiasaannya mereka akan melalui dari laluan Eropah – Konstantinopel – Anatolia – Levant dan Baitul Maqdis.
Tetapi, tidak kali ini. Bagi mereka, setelah kekalahan mereka dalam beberapa siri Perang Salib yang lepas (setelah Perang Salib Kedua), mereka perlu menetapkan sebuah sasaran yang ampuh dan menghapuskan ancaman tersebut barulah mereka dapat menakluk Kota Al-Quds.
Pasukan Salib yang dipimpin oleh Raja Louis IX kemudiannya berarak dengan kapal perang mereka dari daratan Eropah ke Laut Mediterranean. Pope Innocent IV pada ketika itu turut memberi sokongan kepada Perancis untuk melancarkan Perang Salib Ketujuh ini.
Armada Salib yang dipimpin oleh Charles d’Anjou dan Robert d’Artois berlayar dari Pelabuhan Marseille ke Pulau Cyprus pada tahun 1248 Masihi.
Pasukan Salib ini kemudiannya berlabuh di pelabuhan Dumyat dan memulakan serangan di sana. Serangan dilancarkan keatas Kota Dumyat dan tumpas ke tangan pasukan Salib. Hal ini memicu pemimpin Kerajaan Ayyubid mengisytiharkan darurat Perang.
Pasukan Salib yang terdiri dari Knight of Templars, Knighr of Hospitaller, Order of St Lazarus melakukan serangan ke atas Dumyat dan menguasai terusan Mesir. Mereka kemudiannya mara ke arah Al-Mansurah.
Baibars dan Shajar Ad Dur yang pada ketika itu pembesar Mesir mencadangkan sebuah tipu helah yang akan menewaskan Pasukan Salib ini.
Secara tiba tiba, benteng Kota Al-Mansurah di buka seluas luasnya. Pasukan Salib menyangka pasukan Mesir telah menyerah diri masuk dan berarak ke dalam kota tanpa mereka sedar itu hanyalah perangkap semata mata.
Masuknya mereka ke dalam kota, mereka kemudiannya diserang bertubi tubi oleh pasukan Mesir sehingga pemuka pemuka pasukan mereka tewas kesemuanya. Akhirnya, pasukan Salib ini tewas dan Raja Louis IX sendiri ditangkap dalam perang tersebut.
Berbeza di Eropah, pasukan Salib menyebarkan berita palsu menyatakan bahawa mereka telah menang dan telah menewaskan pasuka Mesir. Kaherah dalam tawanan mereka. Akhirnya, mereka turut mengetahui kekalahan mereka dan mereka perlu membayar tebusan untuk menebus Raja mereka yang ditawan dalam perang ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source