Ustaz Don direhatkan terus daripada Salam Baitullah, tak ikut garis panduan
Pendakwah selebriti, Ustaz Don direhatkan terus daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman, sebentar tadi.
Ustaz Don direhatkan terus
Menurut Suhaimi Sulaiman, tindakan tegas itu dibuat selepas pendakwah selebriti itu sekali lagi mencetuskan kontroversi susulan kenyataannya dalam program tersebut sehingga mendapat pertikaian ramai.
Malah Suhaimi memberi bayangan kekecewaannya ekoran kontroversi tersebut.
“Bila dah bagi peluang, dah consult authority dan ahli agama, dah remind apa yg boleh cakap dan apa yg tak boleh, kenalah pandai anticipate response from viewers.
“Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap.
“Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” ciap Suhaimi di patform X.
Dah bagi peluang tapi tak ikut garis panduan
Memetik laporan Malaysiakini, Suhaimi berkata Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid tidak lagi akan tampil dalam program berkenaan meskipun ia berbaki lagi beberapa episod keraa tidak mengikut garis panduan yang telah diberikan.
“Apa yang kami dan beritahu untuk dibuat dan tidak dibuat.
“Kami dah beri peluang, dan berunding dengan pihak agamawan tapi dia tak ikut.
“Kita tak terima dia untuk on air (bersiaran) lagi. Untuk baki episod Salam Baitullah akan datang dia takkan ada dah,” katanya.
Sementara itu, dalam laporan Kosmo! Online, Suhaimi memberitahu pihaknya telah menasihati Ustaz Don termasuk membawanya berjumpa Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan pelbagai pihak berautoriti supaya insaf.
Tambah Suhaimi, beliau sendiri sudah menghubungi Ustaz Don dan memaklumkan perkara itu.
“Program tersebut mempunyai empat episod sahaja lagi yang tinggal, tidak ada lagilah (penampilan Ustaz Don) sebelum Raya Haji.
“Saya harap dia fahamlah kenapa, apabila saya buat keputusan saya (sendiri) akan beritahu individu itu,” katanya lagi.
Terdahulu, perkongsian Ustaz Don di dalam program Salam Baitullah mendapat pertikaian apabila berkongsi hadis yang mengatakan memandang pada wajah guru, lebih baik dari menyedekahkan 1000 ekor kuda di jalan Allah.
Artikel lain: Kembali jadi hos, netizen persoal sumber ilmu Ustaz Don lagi?
Sebelum ini, pendakwah selebriti berusia 40 tahun itu ‘direhatkan’ daripada program Salam Baitullah yang sinonim dengan musim ibadah haji, untuk meredakan keadaan tegang melibatkan dirinya.
Sumber: X suhaimisulaiman, Malaysiakini (Iqbal Harraz), Kosmo! Online (Nur Huda Musa)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source