Bahaya Gosok Mata Bila Gatal, Wanita OKU Kongsi Kisah Hilang Penglihatan
Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara (dan di serata dunia, for that matter), taman tema bergerak terbesar Malaysia iaitu Euro Fun Park pernah menceriakan hari-hari para pengunjungnya.
Terkenal sebagai sebuah taman tema yang bertapak dari satu destinasi ke satu destinasi lain untuk tempoh masa tertentu saja , Euro Fun Park sebelum ini pernah dibuka di Shah Alam dan Gombak, Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN : Euro Fun Park Berpindah Ke Shah Alam, Ini 6 Tarikan Mesti Naik Menurut Pengunjung Tetap! – REMAJA
Selain itu, Euro Fun Park juga dibuka di AEON Mall Tebrau City dekat Johor Bahru pada awal tahun 2020.
Namun, atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara, taman tema tersebut terpaksa menutup operasi pada bulan Mac.
Ia kembali dibuka pada bulan September di Sutera Mall Johor Bahru hinggalah ke bulan November. Sekali lagi, peningkatan kes positif Covid-19 yang membimbangkan memaksa Euro Fun Park untuk kembali ditutup lebih awal daripada tarikh sebenar.
Kini Kembali
Buat pertama kalinya pada tahun 2021, Euro Fun Park akan kembali beroperasi bermula hari ini, 26 Mac di Taman Desa Tebrau (bersebelahan AEON) untuk tempoh dua bulan seterusnya.
Taman tema tersebut masih mengekalkan tarikan sedia ada seperti roller coaster, ferris wheel, skyrider, challenger, mega coaster dan macam-macam lagi.
Biarpun keseluruhan taman tema itu disanitasi secara berkala pada setiap hari demi keselamatan pengunjung, korang masih perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti mengimbas kod QR MySejahtera dan memakai pelitup muka sepanjang berada di sana.
Bagi mereka yang mempunyai simptom demam, batuk dan berusia melebih 60 tahun tidak dibenarkan untuk memasuki premis demi keselamatan diri sendiri dan pengunjung lain.
Euro Fun Park dibuka pada setiap hari dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam. Harga tiket yang ditetapkan pula hanyalah RM5 bagi orang dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.
Sekali lagi kami ingatkan, jangan lupa menjaga SOP dan berjaga-jaga dengan penyeluk saku!
Sumber Foto : Facebook & Instagram Euro Fun Park Malaysia
BACA LAGI : Gadis Ni Kongsi Tragedi Beg Hilang Di Taman Tema Gombak, Careful Guys! – REMAJA
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source