Dahlia Rizal dilantik duta, K-Colly bakal ambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah!
Personaliti media sosial, Dahlia Rizal dilantik duta kepada produk baharu jenama makanan kesihatan tambahan popular, K-Colly.
Menurut Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain, pihaknya memilih Dahli sebagai duta terbaharu mereka kerana imejnya yang bersesuaian dengan jenama tersebut.
“Sebelum memilih Dahlia, pihak kami menapis ramai selebriti dan pempengaruh yang lain.
“Namun, kami memilih Dahlia kerana pengaruh, kredibiliti dan kesesuaiannya bersama produk kami,”katanya.
Dahlia Rizal dilantik duta
Tambah Mohd Zulkifli, pihaknya juga memilih pemilik nama Nur Dahlia Ahmad Rizal kerana memiliki pengikut media sosial yang berada pada had umur kumpulan sasaran pelanggan K-Colly.
Jadi, pemilihan Dahlia Rizal merupakan satu keputusan yang tepat buat pihak K-Colly untuk berkolaborasi dengan pempengaruh berusia 23 tahun itu.
Sementara itu, Dahlia mengakui dirinya begitu teruja apabila dapat berkolaborasi bersama K-Colly, meskipun sedar akan tanggungjawab besar yang digalas dibahunya.
“Saya bersyukur atas rezeki dan jalinan kerjasama ini. Sejujurnya saya akan pastikan saya mencuba sesuatu produk sebelum bersetuju untuk bekerjasama.
“Sama seperti K-Colly, saya juga telah menggunakannya dan melihat sendiri kesan yang positif.
“Jadi, sebab itu saya yakin dengan produk ini dan berharap dapat membantu lebih ramai orang untuk memiliki kulit yang lebih sihat,”kata Dahlia.
Artikel lain: Lepas hilang puluhan ribu pengikut, Dahlia Rizal perjelas hanya model jenama boikot
K-Colly bakal saman pemfitnah!
Sementara itu, pihak K-Colly juga sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang didakwa telah menjejaskan reputasi jenama itu dengan mendakwa produk tersebut menyebabkan buah pinggang mengecut serta meninggalkan komen berunsur fitnah.
Tuduhan-tuduhan ini dimuat naik dalam sebuah video yang telah menjadi tular di TikTok, mencapai sebanyak 2 juta tontonan pada bulan Mei yang lalu, selain komen-komen fitnah yang dilemparkan tentang produk K-Colly di laman Facebook.
Sehubungan itu, K-Colly telah melantik peguam, Azreen Azmi dari Tetuan Adnan Sharida & Associates, serta Dr. Mohd Redza Abd Rahman, saintis dari syarikat Synamatix, bagi menjelaskan isu yang sedang dihadapi.
Tegas Mohd Zulkifli, tindakan ini diambil untuk membersihkan nama baik syarikat yang telah bertapak selama 13 tahun.
“Disebabkan isu yang tidak tepat ini, ia telah menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap produk K-Colly, reputasi syarikat turut terjejas, dan yang ketiga, sudah tentu jualan juga akan terjejas. Perkara ini kami pandang serius,” kata Zulkifli dalam sidang media, semalam.
Peguam yang mewakili K-Colly, Azreen Azmi, memaklumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap dua individu tersebut.
Namun, pihak K-Colly mahukan permohonan maaf daripada dua individu terbabit serta tuntutan ganti rugi. Sekiranya mereka enggan memberikan kerjasama, pihak K-Colly akan mengeluarkan surat tuntutan (letter of demand) dan akan memfailkan saman untuk dibawa ke mahkamah.
Azreen juga memberi amaran kepada netizen agar berfikir panjang sebelum membuat sebarang tuduhan dan komen di platform media sosial. Sekiranya tuduhan yang dibuat adalah fitnah sehingga menjejaskan reputasi jenama atau individu, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Tegas Dr. Mohd Redza Abd Rahman, produk berkenaan telah menjalani pemeriksaan di makmal bertauliah dan melepasi ujian Sijil Analisis (COA) yang mengesahkan tiada pencemaran logam berat dan mikroorganisma.
“Produk K-Colly mengandungi bahan semula jadi yang telah dikaji dan tidak memberi impak kepada kesihatan, terutamanya buah pinggang, jika diambil mengikut dos yang disarankan. Oleh itu, produk K-Colly selamat untuk dimakan,” jelasnya.
“Produk Colly Sweet 17 ini tiada gula tambahan sedikit pun dan bahan-bahan di dalamnya disahkan secara klinikal. Sebab itu kami mahu mengambil tindakan terhadap fitnah yang mengatakan produk ini mengandungi kolagen, sedangkan ia tidak.
“Bahan-bahan dalam produk ini telah dikaji selamat, bukan sahaja membantu kesihatan tetapi juga boleh membantu kesihatan buah pinggang itu sendiri. Oleh itu, saya keliru apabila ada yang mendakwa makan K-Colly menyebabkan masalah buah pinggang,” ujar Dr. Redza.
Dalam perkembangan lain, pihak K-Colly turut menyumbang sebanyak RM100 ribu kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu rakyat di Palestin.
Malah, mereka juga mengagihkan sebanyak 5 ribu kilogram beras di persekitaran Masjid Al Bukhary, Bukit Bintang, Kuala Lumpur bersempena sambutan AidilAdha.
Pelanggan K-Colly juga berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua Axia dan tajaan umrah ibadah umrah dengan memuat naik review penggunaan produk K-Colly di aplikasi TikTok.
“Review terbaik akan dipilih sebagai pemenang,”ujar pihak K-Colly.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source