Garu Leher Sampai Luka Berdarah, Yana Samsudin Bimbang Keadaan Anak Ketiganya
Ibu mana yang sanggup melihat anak merintih sakit setiap hari. Lebih memilukan apabila anak itu masih lagi kecil. Saat anak-anak lain seusianya aktif bermain, Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan yang berumur setahun Sembilan bulan terpaksa menanggung derita penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.
Menurut Nur Atekah Mohd Yusof, 23, ibu kepada Icha, dia mula perasan ada kelainan pada leher anaknya itu selepas melahirkan Icha. Ekoran daripada itu, anaknya ditahan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Seri Manjung, selama tujuh hari.
Menurut Nur Atekah lagi, leher kiri anaknya itu membengkak dan mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis, namun sebaliknya terkumpul di leher.
“Icha kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan didapati cystic hygroma ketika berusia hampir tiga bulan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Bumi Hijau, Batu 5 Segari di Lumut oleh sebuah akbar.
Benjolan makin besar, saluran makanan dan pernafasan Icha makin sempit, perlu segera dibedah
“Luluh hati saya apabila Icha mengadu ‘Buuu, akit.. (Ibu.. sakit), malah dia kerap merengek dan terjaga dari tidur kerana tidak selesa dengan lehernya yang besar,” jelasnya sayu.
Menurut Nur Atekah, benjolan di leher anaknya itu semakin serius dan pemeriksaan imbas CT, bulan lalu, menunjukkan saluran makanan dan pernafasan Icha semakin terhimpit berikutan keadaan lehernya yang semakin membesar.
“Kalau ikutkan pembedahan akan dijalankan pada usia dua tahun ke atas tetapi keadaan Icha semakin serius dan pembedahan akan dibuat untuk membuang cecair itu di HKL, 21 Oktober ini.
“Saya dimaklumkan pembedahan ini berisiko serta boleh beri kesan kepada suara dan saraf tetapi sebagai ibu saya tak sanggup lihat anak berada dalam keadaan begitu, malah lehernya akan semakin membesar nanti.
“Sebab itu saya dan suami (Fahme Ridzuan Zulqarnil, 28) mahu Icha menjalani pembedahan dan kami juga mula menyimpan wang sebagai persediaan termasuk kos ulang-alik ke sana nanti,” katanya yang memaklumkan suaminya hanya bekerja sebagai operator kilang di Segari.
Setiap 15 minit Icha terjaga, mengadu sakit dan tak selesa
Nur Atekah berkata, tidur malam anaknya kini kerap terganggu kerana tidak selesa dengan keadaan lehernya itu sehingga menangis dan kadang-kadang bernafas menggunakan mulut.
“Hampir setiap malam setiap 15 minit dia akan terjaga dan tidur semula selepas diberi susu dan berulang sehingga pagi. Dia nak telan makanan juga agak sukar,” katanya.
Menurutnya, biarpun begitu, Nur Falisya Mardina seorang yang aktif serta suka berkawan dan berharap pembedahan anaknya itu berjalan lancar.
“Saya mahu lihat dia membesar dengan sihat seperti kanak-kanak normal lain, saya sedih melihat dia dijauhi dan dipandang pelik segelintir kanak-kanak ketika bermain di taman kerana keadaannya itu,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Agrobank bernombor 2005351000103289 atas nama Nur Atekah Mohd Yusof.
Sumber: Hmetro
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source