“Saya pun nak tahu..” Anwar Ibrahim arah polis siasat rapi kes Zayn Rayyan & Faisal Halim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arah polis siasat rapi kes melibatkan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak autism, Allahyarham Zayn Rayyan.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), hari ini.
Anwar Ibrahim arah polis siasat rapi
Anwar berkata, dia juga faham mengenai keresahan rakyat berhubung kezaliman yang dilakukan ke atas Faisal Halim dan Zayn Rayyan.
Namun, siasatan kes perlu dilakukan mengikut proses yang betul tanpa mengikut persepsi atau tafsiran hukum sendiri.
“Sekarang riuh rendah kes penderaan pemain bola sepak, kes pembunuhan seorang kanak-kanak OKU.
“Kita prihatin, saya kebetulan Perdana Menteri tetapi saya juga manusia. Saya juga nak tahu mengapalah sampai jadi begini, siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam seorang anak.
“Kalau saya, saya nak polis jawab esok tapi proses kena lalui. Kita tak peduli siapa tapi saya faham rakyat juga rasa resah,”katanya.
Jelas beliau, apa yang boleh dilakukan buat masa ini bersama Menteri Dalam Negeri adala mengarahkan pihak terlibat menyegerakan siasatan rapi.
“Jangan persepsi, hanya fikir mungkin orang ini salah, ikut tafsiran hukum. Ini tak boleh (berlaku),” katanya lagi.
Artikel lain: Adik lelaki Zayn Rayyan dijaga JKM Selangor, dibawa ke hospital untuk pemeriksaan
Dah panggil Ketua Polis Negara, Pengarah JSJ
Tambah Perdana Menteri, dalam merungkaikan kes berkenaan, beliau juga pernah memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain supaya menyegerakan siasatan berkenaan tanpa sebarang campur tangan.
Apa yang merisaukan, semua orang dilihat seolah-olah menjadi hakim dan terus menghukum mengikut perasaan dengan mengatakan pihak berkenaan melindungi sesuatu pihak.
“Sekarang ini dalam TikTok, semua jadi hakim. Serang menghukum terus, kata kita melindungi, apa yang melindungi?
“Saya pernah panggil Ketua Polis Negara ke pejabat, saya minta disegerakan, kemudian semalam saya panggil Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, saya tidak boleh campur dengan kata cari jalan hukum orang ini.
“Tetapi saya kata cari jalan siasat dengan rapi. Itu yang saya kata,”ujarnya.
Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pada masa sama, pemain kebangsaan Faisal Halim, turut membuat kemunculan buat pertama kali di khalayak ramai semalam selepas menjadi mangsa serangan asid pada 5 Mei lalu.
Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source