Ramai yang suka akan masakan masak lemak cili api versi Negeri Sembilan. Namun tak kurang juga ramai yang merasakan masak lemak ini susah untuk dimasak.
Betul ke? Menerusi perkongsian daripada Khabbab Jamalludin, masakan masak lemak cili api antara yang paling mudah. Tak perlu banyak bahan. Tak perlu minyak atau tumisan. Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak. Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Tetapi anda boleh mengambil kira petua/tips/elemen yang perlu ada dalam masak lemak cili api Negeri Sembilan.
1) Pedas :
Cili api, sebaiknya cili api kampung. Cili api import boleh tapi kurang wangi. Oh ya, cili api kena banyak.
2) Masin :
Garam. Lautan boleh, bukit boleh. Ikan masin pun boleh
3) Masam :
Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit rambai boleh, daun asam gelugur boleh, kundang boleh. Macam saya sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
4) Manis :
Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang.
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai (masakan daging atau ayam. Ikan biasanya tak guna serai tapi boleh tambah hirisan daun kunyit) dan santan (terutama santan segar). Gula adalah dilarang sama sekali.
5) Lemak :
Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat. Santan kena pekat. Di samping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya, seperti yang saya sebut di atas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen-elemen lain.
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan). Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan. Santan kotak boleh tak? Boleh juga. Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok-elok atau blend je terus)
6) Pahit :
Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan sak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
7) Kunyit
Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang (kunyit hidup ada bau wangit sikit) cuma serbuk lagi senang simpan. Ikutlah.
Orang Negeri Sembilan ni prinsip dia mana yang mudah. Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap-sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau.
Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup, nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula-mula tutup api nampak macam cair sikit. Tunggu kejap lagi. Cenggini terus angkat ibu jari!
Rencah bila nak masuk? Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak, sebaiknya direbus dengan serai, kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut, baru masukkan santan.
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan. Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa di atas sahaja dah cukup.
Masak lemak ni tak boleh takut-takut. Takut tak jadi lah apa lah. Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa. Rasa masih sedap insya-Allah. Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga. Selamat mencuba!
AYAM SALAI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ayam | dipotong
Kentang – seberapa yang nak dimasukkan
Segenggam cili padi – ikut tahap kepedasan masing-masing – beli online di sini
2 inci kunyit hidup | ditumbuk halus atau dikisar – beli online di sini
5 batang serai | diketuk – beli online di sini
1kg santan pekat – sebaiknya guna santan segar
2-3 asam keping – beli online di sini
Garam
Belimbing buluh
Kundang muda
Daun kunyit | dihiris halus
CARA-CARA:
1. Lumur ayam dengan garam (banyak macam nak goreng), 1 sudu besar asam jawa dan serbuk kunyit. Gaul-gaulkan. Kemudian, akhir sekali lumur dengan minyak masak.
2. Selain tak nak bagi lekat, proses lumur ini nak bagi ayam salai sekata. Salai ayam sehingga masak.
3. Masukkan ayam yang sudah disalai tadi dan kentang dalam periuk. Tambahkan air sampai ngam-ngam ayam dan kentang ditenggelami air.
4. Masukkan cili api, kunyit hidup dan batang serai. Didihkan sampai air tadi tinggal separuh dari jumlah asal. Proses ini boleh buka api sebesar mungkin.
5. Kemudian, perlahankan api sederhana besar. Masukkan santan pekat. Biar santan menyatu dengan air rebusan tadi.
6. Sambil kacau perlahan-lahan. Kita tak nak pecah minyak. Jangan biar, jangan tutup periuk.
7. Bila dah menyatu, masukkan garam secukup rasa, asam keping. Untuk aroma yang lebih menarik, boleh tambahkan asam dari sumber lain. Kali ini, saya guna belimbing buluh dan kundang muda.
8. Boleh juga masukkan hirisan daun kunyit sekali. Kacau rata. Rasa masak lemak yang baik bila masin, masam, pedas seimbang.
9. Lepas masukkan asam dalam 2 minit, boleh tutup api dapur.
Kredit: Khabbab Jamalludin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tak Tahu Nak Masak Apa? Boleh Ikut Resipi Lelaki Ini, Memang Terangkat!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source