Ruhainies kongsi templete mohon maaf -“Agar tidak saling menuntut di hadapan Allah”
Pelakon sensasi, Ruhainies kongsi templete mohon maaf di Insta Story miliknya yang cukup menyentuh hati memandangkan ia ditujukan kepada semua yang pernah merasa terguris dengan sikap ataupun lisan, khususnya buat para kenalan.
Kongsi banyak kata2 hikmah
Perkongsian Ruhainies yang memang kerap berkongsi kata-kata hikmah di media sosial sejak kebelakangan ini sudah tentu berniat baik sekaligus mengajak para peminatnya untuk sama-sama berfikir serta bersikap positif.
Ruhainies kongsi templete mohon maaf, tanggungjawab hingga hari perhitungan
Dalam hantaran yang dikongsikan semula pelakon berkenaan, ia menyatakan urusan sesama manusia sudah tentu akan dipertanggungjawabkan apabila di hari perhitungan kelak.
Jadi, memohon maaf dengan setulusnya adalah cara untuk tidak saling menuntut di hadapan Allah S.W.T nanti.
“Karna berurusan dengan manusiakan dimintai pertanggungjawaban hingga hari perhitungan nanti.
“Maka dari itu saya minta maaf setulus-tulusnya agar nanti kita tidak saling menuntut di hadapan Allah,” kongsinya.
Ruhainies kongsi templete mohon maaf, siapa yang mahu tagih hutang boleh DM
Justeru itu, buat mereka yang berasa ada kekurangan atau hutang yang belum langsai, segeralah menghubunginya bagi menagih sebarang hutang agar semuanya tidak saling memendam perasaan.
Artikel lain: “Tahniah kepada bekas sahabat, Ruhainies kerana runtuhkan masjid ini” -Bella Astillah
Baru dapat ucapan ‘tahniah’
Terdahulu, pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32 telah mendapat ucapan ‘tahniah’ daripada bekas sahabatnya, Bella Astillah susulan penceraian selebriti itu dengan aktor kelahiran Singapura, Aliff Aziz.
Dalam posting yang dibuat Bella seusai diceraikan dengan talak satu oleh aktor berkenaan, dia memberikan ‘penghargaan’ kepada Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid yang dibina serta membuatkan anak-anaknya kehilangan seorang bapa susulan kontroversi yang terjadi sekitar Mac lalu.
Apa-apa pun, semoga mereka semua diberi kebahagian mengikut cara masing-masing dan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu bentuk pengajaran dalam kehidupan.
Sumber: Instagram Ruhainies7
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source