Nabila Razali banyak berkorban selepas kahwin, netizen pesan Aidiladha di Kelantan lebih meriah!
Penyanyi, Nabila Razali banyak berkorban selepas berkahwin termasuk memperlahankan karier seni seni menjalankan tanggungjawab terhadap rumah tangga.
Bagaimanapun, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata, perkara itu tidak boleh dibandingkan dengan orang lain kerana percaya setiap individu mempunyai pengorbanan yang berbeza.
“Bila sudah berkahwin sudah pasti banyak pengorbanan yang saya lakukan. Bukan selepas saya kahwin sahaja, sebelum ini juga banyak.
“Banyak jenis pengorbanan yang saya lalui tetapi tidak boleh dibandingkan dengan orang di luar sana kerana saya percaya pengorbanan setiap individu itu berbeza,”katanya.
Nabila Razali banyak berkorban selepas kahwin
Memahami erti pengorbanan, Nabila berkata, erti yang sebenar adalah apabila seseorang itu sanggup melepaskan perkara paling berharga dalam hidup mereka untuk orang lain.
“Saya banyak mengorbankan masa bersama keluarga kerana komitmen kerja. Apabila sudah berkahwin lain pula, saya korbankan masa bekerja untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
“Maksud pengorbanan untuk saya adalah apabila kita mengorbankan sesuatu untuk orang lain dan bukannya bagi diri sendiri.
“Kadangkala kita berkorban untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik tetapi pengorbanan bagi saya adalah apabila kita melepaskan sesuatu demi kebahagiaan orang lain,”ujarnya.
Artikel lain: Balik kampung suami, Nabila Razali berdebar nak raya di Kelantan
Raya mana kali ni?
Sementara itu, Nabila yang juga penyanyi memuat naik hantaran di media sosial dengan meninggalkan soalan kepada pengikutnya.
“Raya mana kali ni? Nangis lagi…….,”tulisnya ringkas.
Tak apa, raya di Kelantan lagi meriah!
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana ramai meminta penyanyi itu agar tidak sedih jika beraya bersama keluarga suaminya di Kelantan.
Ini kerana negeri berkenaan sentiasa meraikan perayaan Aidiladha dengan meriah jika hendak dibandingkan di tempat lain.
Sekadar info, pelatun lagu Pematah hati itu mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, pada 18 November 2023.
Sumber: Instagram Nabila Razali, mStar Online (Ain Norman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source