Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Normal Tak Koyak, Ramai Patut Tiru!
Semasa dalam tempoh pemulihan pelbagai rawatan yang perlu dilakukan supaya anda kembali segar. Keperluan ini penting kerana semasa hamil keseimbangan hormon badan anda telah terganggu. Antara aspek rawatan dalam tempoh berpantang ialah amalan pemakanan berpantang.
Senarai semak pemakanan semasa berpantang;
Waktu makan
Pada minggu pertama, anda digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Makan nasi dalam keadaan masih panas dalam kadar yang sederhana. Tidak mengapa jika anda makan kerap tetapi elak makan jumlah yang banyak.
Pada minggu kedua dan seterusnya anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup sayur dan sup ikan serta buah-buahan supaya anda mendapat makanan berkahsiat.
Makanan yang dilarang ialah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa, berlemak dan terlalu banyak minyak. Minuman berais tidak dibenarkan. Anda perlu mengikut pantang secara alami untuk memastikan badan kembali segar.
Elakkan makanan berlemak
Apa yang anda makanan akan memberi impak kepada badan anda. Pastikan jumlah makanan diambil terkawal supaya tidak menjejaskan berat badan anda. Anda digalakkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus.
Proses penghadaman
Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia adalah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai ‘panas’ dan ‘kering’. Anda digalakkan mengambil halia dengan banyak semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Masalah keletihan dan kemurungan
Keletihan, tidak cukup tidur kemurungan akibat masalah fizikal selepas bersalin adalah perkara yang mungkin dialami oleh anda. Daun pegaga adalah antara ulam-ulaman dimakan semasa pantang. Daunnya disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan.
Membuang angin
Lazimnya selepas bersalin, badan akan berangin dan perlu diurut untuk membuangnya. Selain halia, sayuran sawi dikatakan dapat membuang angin. Seeloknya sayuran ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
Sumber penambah susu ibu
Jika anda ingin menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar, pengambilan cekur manis, lobak, peria dan pegaga dapat membantu anda. Malah sekiranya diambil secara kerap, ia membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Sumber tenaga
Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.
Anti oksida
Semasa dalam pantang anda juga perlu membuang toksin dalam badan supaya badan kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia. Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida dengan mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A,C dan E.
Minum air
Pengambilan air semasa pantang tidak dibenarkan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Keadaan ini akan membuatkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar. Namun, air mesti diambil tetap kerap dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air amat penting untuk pengeluaran susu ibu dan proses penyembuhan.
Ikan segar
Selain pemakanan ulaman, herba dan minuman, pemilihan ikan segar perlu betul. Ia perlu kerana ada ikan yang tidak sesuai untuk anda makan semasa berpantang. Ikan segar dan tidak gatal antaranya ikan haruan, sardin dan selar. Ikan haruan amat digalakkan buat anda bersalin pembedahan (caesarean). Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya anda kebarangkalian akan mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.
Penyembuhan
Untuk memastikan luka anda kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat penyembuhan luka-luka anda. Buah oren mempunyai banyak vitamin C untuk memberi kesihatan badan anda. Juga elak makanan yang menjalar, angin dan sejuk antara kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak antara minuman jenis sejuk dan tajam. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.
Kecutkan rahim
Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source