Riena Diana tak kisah Keith Foo duda anak satu
Pelakon Riena Diana akui tak kisah Keith Foo duda anak satu asalkan jejaka pilihannya itu tidak memegang status sebagai suami orang.
Memetik laporan Berita Harian, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata dia boleh berkenalan dengan mana-mana jejaka asalkan lelaki itu bukan milik wanita lain.
“Duda itu tiada masalah. Duda, bujang atau ada anak sekalipun, itu tidak menjejaskan apa-apa. Jujurnya kalau saya tidak berkawan dengan Keith pun saya berkawan dengan orang lain. Asalkan bukan suami orang.
“Jadi, selagi bukan suami orang dan kedua belah keluarga boleh terima, saya okay. Saya suka budak-budak, jadi tiada masalah bagi saya kalau bakal suami ada anak atau tidak,” katanya.
Pelakon berusia 27 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran dan sidang media I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVM 7) di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Riena turut menjelaskan dia dan Keith menjadi rapat selepas kedua-duanya terbabit dalam penggambaran drama Salju Rindu.
“Dalam sebulan dua ini kami baru rapat, jadi sangat baharu. Sebab itu kami berdua tidak mahu menguar-uarkan atau hendak bagi kenyataan, cuma kami selesa berkawan antara satu sama lain buat masa ini.
“Hendak cakap lebih-lebih pun risau, sebab tak tahu masa depan macam mana. Kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Jadi doakan yang terbaik, kalau ada jodoh insya-Allah,” ujarnya.
Tambahnya, kedua-dua pelakon menyedari mereka mempunyai keserasian ketika menjayakan penggambaran drama Salju Rindu yang bakal ditayangkan pada Ogos nanti.
“Boleh dikatakan kami serasi dan masa di awal penggambaran sudah berkawan baik. Kami hanya berkawan rapat dan baik di set. Mungkin selepas beberapa minggu kami sedar, kami macam ada banyak persamaan.
“Kami sudah kenal dengan mendalam, kami tahu banyak persamaan. Daripada segi perkara yang suka atau tidak pun sama,” kongsiya.
Terdahulu, Riena mendedahkan hubungan istimewa dengan kekasihnya, Nik Afiq sudah berakhir pada penghujung tahun lalu walaupun pasangan itu ada rancangan untuk berkahwin.
Manakala, Keith pula pernah berkahwin dengan usahawan Kim Raymond pada 2015 dan dikurniakan satu cahaya mata perempuan bernama Skylar namun rumah tangga pasangan ini berakhir dengan perceraian pada 2019.
Sumber: Berita Harian (Affan Rostam)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source