Anna Jobling Teruja Bintangi Filem Seram Indonesia ‘Lembayung’- “Saya Tidak Kisah Nampak Cantik Atau Tidak…”
Langkah yang diatur Anna Jobling bagi menembusi pasaran perfileman Indonesia kelihatan semakin cerah setelah aktres itu terpilih bagi membawakan watak utama filem terbaru arahan Baim Wong berjudul Lembayung.
Tampil memegang watak bernama Tantri dalam treler pertama yang menemui penonton Mei lalu, ini merupakan filem Indonesia pertama yang dibintangi Anna dan menurutnya, juga merupakan salah satu bucket list yang berjaya dicapai olehnya.
Anna ketika ditemui REMAJA memberitahu genre filem seram terutamanya dari Indonesia adalah antara genre kegemarannya sejak kecil kerana jalan cerita dan cara penceritaannya yang menakutkan.
“I am not even kidding; I love scary movies from Indonesia. Dan begitu juga ibu saya.
“Apabila mendapat tahu saya terpilih (untuk filem Lembayung), ia ibarat impian menjadi kenyataan kerana ini merupakan salah satu impian saya sejak bergelar pelakon. Sukar untuk gambarkan kegembiraan saya bila menerima perkhabaran tersebut,” katanya yang melalui proses uji bakat sehari sahaja sewaktu Baim Wong berada di Malaysia.
Tidak Kisah Nampak Buruk, Asalkan Naratif ‘Sampai’
Demi menjayakan filem Lembayung, Anna memberitahu perlu berjauhan daripada ibunya di Kuala Lumpur dan terbang ke negara seberang untuk tempoh yang agak lama.
“Saya berada di Yogyakarta selama sebulan. Namun tidaklah sehingga tahap homesick memandangkan (Anna dan ibunya) berhubung pada setiap hari. Kebanyakan waktu penggambaran di sana adalah pada malam hari dan saya tiada masalah mencuri masa bertanya khabar kepada ibu pada sebelah siang.
“Saya tidak mahu spoil mengenai jalan ceritanya tetapi anda dapat melihat saya melakukan sesuatu yang baharu menerusi filem ini. Bila berlakon, saya tidak boleh kisah sama ada saya kelihatan cantik atau tidak; lebih-lebih lagi untuk babak filem seram untuk mendalami tuntutan emosi watak tersebut.”
“Lagipun, apa yang akan ditonton itu bukannya saya tetapi karakter yang saya pegang. Saya tidak kisah jika perlu menangis buruk-buruk sehingga hingus terkeluar asalkan naratif ‘sampai’,” kongsi Anna lagi.
Lembayung bakal menemui penonton pada tahun 2024 namun masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Klik pautan di bawah bagi menyaksikan treler pengenalan Lembayung.
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Munculkan Diri Dalam Klip Video Rossa, Peminat ‘Ship’ Gandingan Bersama Omar Daniel Pula – REMAJA
Dalam pada itu, Anna kongsikan bahawa dirinya kini bersilih ganti antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Begitupun, dia masih tidak melupakan peluang membintangi drama bersiri tempatan di Malaysia demi mengubati rindu peminat yang ingin menontonnya di kaca televisyen.
BACA LAGI: “Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Cover Digital April 2024 – REMAJA
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source