Bakar Semangat Dengan Beli Pakaian Sukan! Leona Mahu Mula Gaya Hidup Sihat!
Bulan March bukan sehaja Hari Wanita Sedunia namun merupakan minggu Kesedaran Garam Sedunia juga tau.
Sudah menjadi kebiasaan kita untuk memasukkan garam ke dalam makanan bagi memberikan makanan yang kita masak rasa lebih sedap dan enak. Bahkan negara kita terkenal dengan ikan kering, sotong kering dan berbagai lagi makanan kering dimana makanan tersebut akan direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dijemur di tengah panas.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 Manfaat Garam Mandian, Salah Satunya Mampu Hilangkan Jerawat Belakang Badan!
Malah mengikut laporan hmetro, seorang rakyat Malaysia dianggarkan mengambil 1.6 sudu atau 7.9 gram (g) garam sehari sekali gus melebihi lima gram sehari seperti disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Lebih garam boleh menyebabkan macam-macam jenis penyakit. Nak tahu?
1. Penyakit Jantung
Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.
2. Penyakit Ginjal
Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.
Penyakit ginjal dan hipertensi berhubung kait dengan kitaran yang berkesinambungan. Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.
Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.
3. Osteoporosis
Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.
Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.
4. Kanser
Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.
5. Hipernatremia
Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.
Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. Hal ini bisa menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.
6. Gangguan saraf
Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.
Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.
Hadkan Pengambilan Garam, Satu Sudu Teh Sehari.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru orang ramai meningkatkan tahap kesihatan dengan mengubah tabiat pengambilan garam dalam pemakanan harian.
Menerusi Facebook rasmi KKM bersempena Minggu Kesedaran Garam bermula hingga 20 Mac hadapan, KKM menyeru pengguna menghadkan pengambilan garam tidak melebihi lima gram atau satu sudu teh sehari.
KKM berkata, menurut kajian Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) 2017/2018, tahap pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar purata 7.9 gram atau 1.6 sudu teh sehari, melebihi saranan lima gram sehari oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Untuk info, dengan tema ‘Tak Masin Tu Ok! Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia bermula semalam hingga 20 Mac ini antara lain menekankan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat sebagai langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).
BACA LAGI : Garam Kita Makan Hari-Hari Bukan Tulen, Ada Microplastic Penyebab Kanser
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source