Influencer T20 merungut harga barang naik pertahan diri
Tindakan influencer T20 yang menggunakan filter muka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil merungut mengenai kenaikan harga barang tampil pertahankan diri selepas teruk dikecam netizen di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh influencer terbabit, dia meluahkan rasa hairan apabila segelintir netizen yang ‘melaporkan’ dirinya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedangkan tidak pernah culas dalam membayar cukai.
Influencer T20
Artikel lain: Influencer T20 guna filter muka PM, merungut harga barang naik
“Dekat Instagram pun saya kena, saya tak tahu siap tag Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) padahal saya bayar cukai. Jangan risau.
“Kalau saya tak bayar cukai, awak ingat saya berani ke nak post, lagipun semua dengan loan bank, saya bukan beli cash. Jadi untuk awak cakap LHDN check saya sebab itu hak kita sebagai rakyat untuk bersuara.
“Kata kita berhak untuk bersuara jadi itu jelah suara rakyat yang kita boleh dendangkan. Itu hak saya, akaun sosial saya jadi ikut saya lah nak luahkan apa dan ramai je yang sokong, setuju aku.
“Pasal minyak ni adalah benda utama yang mana bila minyak naik secara automatik semua harga barang akan naik. Suara saya sebagai rakyat yang saya boleh ketengahkan,” katanya.
Malah, dia berpendapat luahannya menerusi video tular tersebut dapat mewakili suara rakyat lain yang turut terkesan kenaikan bahan api terbabit.
Influencer T20
“Bagi saya, saya tak setuju pun dengan kenaikan harga minyak. Tak akan lah aku buat video macam itu pun tak boleh? Kita sebagai rakyat kita luah apa nak luah.
“Ini bukan untuk saya seorang, untuk orang lain. Saya mewakilkan orang-orang lain yang tersakiti (terkesan). Kita tak boleh pentingkan diri sendiri, kita kena pentingkan apa yang orang alami.
“Tak semua orang mampu, kaya dan pendapatan yang besar kat Malaysia ni,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Anwar memberitahu tujuan penyasaran subsidi itu dibuat kerana ia dinikmati 3.8 juta warga asing sedangkan yang membayar cukai adalah rakyat.
Jelasnya, melalui penyasaran subsidi itu, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan RM4 bilion yang ia boleh disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai program bantuan dan kebajikan.
Sumber: TikTok
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source