Menteri Agama nasihat agamawan hati2 beri pandangan -Tak salah mengatakan tidak tahu”
Menteri Agama nasihat agamawan hati-hati dalam memberi pandangan masing-masing terutamanya berkaitan hukum dan perlu sentiasa menyemak rujukan yang sah berdasarkan hadis dan hayat.
Tak salah kata tak tahu
Memetik laporan dari Bernama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyatakan yang para agamawan perlu berani berterus terang dan mengakui tidak tahu jika tidak begitu arif dalam beberapa hal seperti yang dilakukan oleh para ulama muktabar.
“Tidak salah untuk mengatakan tidak tahu kerana Imam Malik, Imam Syafie apabila ditanya oleh anak murid, kalau tak tahu, jawab tidak tahu
“Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua. Sepatutnya perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu.
“Ini yang diajarkan oleh ulama terdahulu sebab masyarakat hari ini apa sahaja yang dikeluarkan oleh mulut agama akan diterima kerana dahaga tentang ilmu agama,” katanya.
Menteri Agama nasihat agamawan, sampaikan ilmu biarlah berdasarkan sumber
Beliau yang mengulas perihal permohonan maaf daripada pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal berhubung isu menjawab soalan daripada pendengar radio berkenaan pertanyaan sama ada boleh ataupun tidak berpuasa pada hari tasyrik akui agak terkilan dengan isu berkenaan yang masih lagi berlarutan.
Ujarnya, sebelum ini telah memberikan arahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berbincang dengan Ustaz Don.
“Nasihat saya apabila mahu menyampaikan ilmu pengetahuan itu, biarlah ia didasarkan kepada sumber-sumber dan rujukan yang kita yakini dan kepakaran kita.
Agamawan ini mempunyai pengkhususan, kalau dalam bidang hadis, kita mempunyai agamawan yang pakar hadis,” katanya.
Artikel lain: Ustaz Don minta maaf beri jawapan mengelirukan isu berpuasa di hari tasyrik
Menteri Agama nasihat agensi ambil pendakwah yang ada tauliah
Dalam pada itu, Mohd Naim turut menasihati agar agensi media agar memastikan penceramah yang dipilih mempunyai tauliah daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing.
“Media boleh juga merujuk kepada Jakim kerana (Jakim) mempunyai senarai penceramah yang mendapat tauliah. Sekurang-kurangnya penceramah ini telah ditapis. Itu harapan saya. Perlu selalu membuat rujukan jika ada sebarang musykil,” katanya.
Susulan daripada itu, masyarakat yang mempunyai permasalahan agama dan hukum dinasihati merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa dan mufti di negeri masing-masing.
Sumber: Bernama
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source