Pemandu Van Sekolah Tak Perasan Langgar Budak Perempuan 5 Tahun, Berulang Kali Minta Maaf
Pemandu van sekolah tak perasan langgar budak perempuan 5 tahun, berulang kali minta maaf. Karmin Kahil tidak menyangka akan kehilangan anak bongsu dalam sekelip mata. “Mungkin kejadian dapat dielak sekiranya pemandu van sekolah berkenaan lebih berhati-hati,” kata suri rumah itu yang berusia 39 tahun.
Pemandu Van Sekolah Meminta Maaf Berulang Kali
Menurut Karmin, dia masih tidak dapat melupakan kejadian menyayat hati yang menimpa anak bongsunya, Nurhafizah Nuljin, 5, yang ditemukan kali terakhir pada 6.40 pagi semalam ketika ke sekolah.
Dia berkata, kebiasaannya Nurhafizah dan abang arwah, Muhammad Afieq Miqhael, 6, akan memanggilnya ketika menghampiri pagar rumah selepas turun daripada van sekolah kira-kira 11 pagi.
Namun, katanya, semalam dia hanya mendengar panggilan pemandu van sekolah yang memintanya keluar rumah untuk melihat keadaan anaknya.
Tak Perasan Langgar Budak Perempuan 5 Tahun
“Nurhafizah hanya terbaring kaku manakala pemandu van sekolah berkenaan berulang kali meminta maaf dan menyatakan sudah melanggarnya.
“Pemandu van sekolah berkenaan kemudian meninggalkan lokasi kejadian kerana mahu menghantar murid lain, sebaliknya saya dibantu jiran untuk menghantar anak ke Klinik Kesihatan Masai sebelum arwah disahkan sudah tiada,” katanya.
Karmin berkata, kejadian itu mengakibatkan Muhammad Afieq Miqhael trauma kerana dia melihat keadaan Nurhafizah hingga membuatkannya menangis setiap kali melihat gambar adiknya mahupun ketika kami bercerita berkaitan kejadian yang meragut nyawa arwah.
“Arwah Nurhafizah dibedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala serta urat leher di bahagian belakang kepala juga terputus.
“Mungkin dia terseret dalam kejadian, namun kami serahkan kepada polis menjalankan siasatan dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.
Kedua-dua adik-beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Alam 2 di sini.
Nurhafizah mula menaiki van berkenaan sejak awal tahun ini manakala Muhammad Afieq Miqhael pula mendapatkan perkhidmatan van sekolah itu sejak tahun lalu.
Karmin yang berasal dari Sabah sudah menetap di Johor selama 20 tahun berkata, dia dan suaminya, Nuljin Delson, 41, yang juga jurukimpal, reda dengan kejadian menimpa anak mereka itu.
“Semalam wajahnya berseri-seri seperti kebiasaannya dan arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Cahaya Masai, Pasir Gudang kira-kira 6 petang,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dilanggar Ketika Bermain Di Kawasan Kediaman
Kereta Terbabas Langgar Pokok, Kanak-Kanak 2 Tahun Bayi 8 Bulan Cedera
Bahaya Mengundang Sekelip Mata, Kanak-Kanak 5 Tahun Cedera Parah Dilanggar Ketika Melintas
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source