Beli Toyota Vios terpakai RM51K, wanita kecewa baru seminggu guna dah rosak
Tular video di media sosial memaparkan seorang wanita yang mendakwa telah ditipu oleh penjual kenderaan terpakai selepas kereta jenis Toyota Vios terpakai yang dia beli rosak selepas seminggu digunakan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @bro_wong atau Wong telah memuat naik satu video memaparkan dia dihubungi oleh wanita berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Wanita beli Toyota Vios terpakai RM51k
@bro_wong #scam #fly #browong #TikTokAwardsMMY #review #keretamalaysia #trusteddealer #tipsusedcar #viralvideo
Pada video itu, Wong telah datang ke rumah wanita itu untuk memeriksa keadaan kereta terpakai tersebut disamping memberikan nasihat kepadanya.
Menurut wanita tersebut, dia telah membeli kenderaan berkenaan tiga bulan yang lepas namun selepas menggunakan kereta itu selama seminggu, ia rosak secara tiba-tiba.
“Saya dah beli kereta ni tiga bulan. Lepastu saya pakai seminggu je dan rosak. Ini je kenderaan yang saya ada. Saya tak tahu nak buat macam mana, memang dah tak boleh bergerak dan saya juga ibu tunggal,” kata wanita itu.
Tambah wanita itu, dia sudah menghubungi jurujual kereta tersebut namun panggilan dan mesejnya tidak dijawab pihak penjual itu.
Artikel lain: Mutawif Malaysia rela berkaki ayam, beri selipar kepada jemaah Indonesia sesat
“Saya dah hubungi penjual dan saya dah hantar mesej semua, tapi dia tak angkat dan dia tak balas mesej. Lepastu penjual kata keluar je dari kedai dah tak ada warranty.
“Saya dah pergi kedai dia dan dia kata tak boleh buat apa sebab memang tak ada warranty,” luah wanita tersebut.
Wanita ditipu beli Toyota Vios terpakai
Menurut wanita tersebut, dia turut dimaklumkan oleh jurujual berkenaan bahawa model kenderaan jenis Toyota Vios itu dikeluarkan pada 2014.
Bagaimanapun, selepas mendengar luahan wanita tersebut dan memeriksa kenderaannya, Wong mendedahkan kenderaan jenis itu dikeluarkan pada 2013.
“Kereta ini keluar 2013. Siapa-siapa yang minat kereta, dorang akan nampak kereta dugong ini confirm 2013 dan bukan 2014,” katanya.
Apa yang lebih mengejutkan apabila wanita itu menunjukkan jumlah bayaran yang perlu dia lakukan untuk membeli kereta tersebut.
Bayaran yang terlalu mahal Toyota Vios terpakai
Pada asalnya, kereta terpakai tersebut berharga RM35,000 namun selepas beberapa cas lain ditambah, wanita tersebut perlu membayar sebanyak RM51,790.
“Saya perasaan dia tulis interest macam empat, macam sembilan. Kalau empat peratus, ini bukan jumlah yang dia perlu bayar. Jadi saya ikut logik, dia tulis sembilan peratus,” ujar Wong.
Jelas-jelas jumlah yang perlu dibayar oleh wanita itu tidak berpatutan, terutama bagi kenderaan terpakai yang dikeluarkan pada tahun 2013.
“Tak boleh buat apa, kereta pun dah beli. Saya bukan foreman, saya tak boleh buat apa. Tapi kereta ini ada insurans, jadi saya boleh tolong hantar pergi bengkel,” kata Wong.
Pada akhir video itu, Wong menasihati orang ramai untuk berhati-hati membeli kenderaan terutamanya kereta terpakai agar perkara sama tidak berlaku.
“Kereta terpakai ada banyak, ada yang baik dan ada yang tak baik. Saya kenal ramai penjual yang baik. Kalau salah beli, semua berbalik pada diri sendiri.
“Kalau boleh, fikir, tengok dan periksa baik-baik. Bukan ikut apa je jurujal cakap. Beli kereta, minta warranty walaupun hanya sehari. Tak ada benda keluar dari kedai tak ada warranty kecuali barang yang murah sangat,” nasihat Wong.
Sumber: TikTok @bro_wong
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source