Puteri Sarah dedah Bella Astillah masih belum terima kenyataan
Pelakon Puteri Sarah akui berasa sedikit bimbang dengan keadaan aktres, Bella Astillah masih belum terima kenyataan susulan perceraiannya sahabat baiknya itu yang berlaku baru-baru ini.
Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia hanya berjumpa dengan sahabatnya itu selepas Bella menjemputnya untuk datang ke rumah pada Hari Raya Haji.
Puteri Sarah dedah Bella Astillah masih belum terima kenyataan
“Saya dah lama tak jumpa Bella, masa dia cerai tu pun dia baru balik dari Jakarta dan terus pergi mahkamah. Jadi tak berkesempatan untuk jumpa dia. Kebetulan raya haji haritu, dia mesej, datanglah jumpa dia.
Jadi saya pun bawa anak-anak pergi jumpa dia, jumpa mak dia dan jumpa adik dia untuk beri sokongan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran drama bersiri ‘Polis Peronda’.
Pelakon berusia 39 tahun itu turut berkongsi Bella masih dalam fasa terkejut disamping sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang.
Selain itu, Puteri Sarah turut berkata sebagai sahabat, dia mahu memberikan sokongan penuh dan semangat untuk Bella meneruskan kehidupan.
“Bella masih dalam fasa terkejut dan masih nak menyesuaikan diri. Jadi kita sebagai kawan, kita sokong dan bagi semangat untuk dia teruskan hidup. Dia masih sedih, memang sedih.
Tak macam saya dulu tak sedih sebab saya dah lama move on,” kongsinya.
Puteri Sarah bimbang Bella Astillah masih belum terima kenyataan
Sementara itu, Puteri Sarah juga berkata Bella masih belum menerima kenyataan pahit itu disamping turut bersedih dengan nasib anak-anaknya.
Artikel lain: Sama2 pegang status ibu tunggal, Puteri Sarah titip pesan buat Bella Astillah
“Dia masih tak boleh terima kenyataan, tapi dia mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang sebab ini adalah kali kedua kan dan dia paling sedih adalah anak-anak dia lah.
“Tapi saya cakap dengan dia, kami di sini untuk awak. Kalau ada apa-apa tolong bagitahu,” ujarnya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah telah memuat naik beberapa foto memaparkan dia sedang meraikan hari raya Aidiladha di kediaman Bella.
Pada hantaran itu, Puteri Sarah menitipkan pesan buat Bella untuk terus kuat menghadapi kehidupan selepas memegang status ibu tunggal.
Terdahulu, Bella yang juga merupakan penyanyi sah bercerai talak satu dengan suaminya Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.
Sebelum bercerai, pasangan itu telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean yang berusia tujuh tahun dan Ara Adreanna yang berusia empat tahun.
Sementara itu, Puteri Sarah pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayya, 5 tahun.
Bella Astillah masih belum terima kenyataan perceraian
Sebelum bercerai dengan Puteri Sarah, Syamsul telah mengumumkan dia sudahpun bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari 2023.
Kemelut antara Puteri Sarah dan Syamsul berakhir dengan lafaz cerai talak satu daripada aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2023.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source