Tak puas hati! Minta fasakh punca suami tikam isteri hingga meninggal dunia
Minta fasakh punca suami tikam isteri sehingga meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Batu Gajah, Perak, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh oleh Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad, malam tadi.
Minta fasakh punca suami tikam isteri
Menurut laporan Bernama, suami mangsa itu datang ke Balai Polis Batu Gajah dan mengaku telah membunuh isteriya di bilik hotel berkenaan sekitar jam 2 petang.
Artikel sebelum ini: Suami serah diri di balai polis selepas tamatkan riwayat isteri dalam bilik hotel
Berang, gagal pujuk isteri
Md. Noor Aehawan Mohammad berkata, lelaki berusia 36 tahun itu menikam isterinya dengan menggunakan sebilah pisau yang dijumpai di lokasi kejadian.
Mangsa berusia 32 tahun itu ditemui dengan beberapa kesan tikaman senjata pisau.
“Pemeriksaan di hotel tersebut menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama senjata yang digunakan untuk menikamnya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.
Kredit Foto: Bernama
Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun sudah dipujuk
Menurut beliau, berdasarkan semakan, pasangan suami isteri itu datang ke hotel berasingan dan menginap di hotel itu sejak semalam.
Tak sangka anak saudara dibunuh suami
Sementara itu, bapa saudara kepada mangsa dikenali Johari tidak menyangka nasib anak saudaranya itu berakhir dengan tragedi menyedihkan.
Johari turut akui, anak saudaranya dan suami tidak sefahaman dan mereka dalam fasa perceraian.
“Mungkin mereka bertemu untuk berbincang, Namun, ia menjadi kecoh selepas mangsa tidak pulang ke rumah semalam dan hari ini saya terima berita beliau sudah tiada,”katanya.
Sumber: Bernama
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source