Elak berkurung dalam bilik, Watie & Shuib bawa anak2 cuti ‘anniversary’ pertama perkahwinan
Elak berkurung dalam bilik hotel, pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah membuat keputusan untuk membawa anak-anak mereka bersama bagi meraikan percutian ulang tahun perkahwinan pertama.
Pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, dia dan suami mengambil keputusan untuk meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan membawa anak-anak bercuti di sebuah pulau.
Elak berkurung dalam bilik
Ujarnya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan mereka berdua berkurung dan banyak menghabiskan masa di dalam bilik hotel tersebut.
“Kenapa kita bawa anak-anak bersama? Sebab bahaya pergi berdua.
“Kita akan terkurung di dalam bilik tak keluar-keluar,”katanya dalam nada seloroh.
Artikel lain: Duit boleh dicari! Chef Wan akur diarah bayar RM150,000 kepada bekas menantu
Bawa anak-anak bercuti sekali
Jawab Watie, bagi menyelesaikan masalah tersebut mereka membawa anak-anak sekali.
Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi sebuah video dimuat naik Watie dan Shuib di platform Instagram, pagi tadi.
Dalam video tersebut, pasangan itu dilihat bersama Uwais, Talita dan Matin yang sedang berada di lapangan terbang sementara menunggu waktu penerbangan.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source