Netizen bangga Lady Gaga gayakan busana rekaan Rizman Ruzaini ketika persembahan
Netizen bangga Lady Gaga gayakan busana rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini (RR) dan ia sekali gus terus menempa sejarah dalam industri fesyen tanah air.
Difahamkan, selebriti antarabangsa tersohor, Lady Gaga itu mengenakan busana rekaan RR ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas, baru-baru ini.
Lady Gaga gayakan busana Rizman Ruzaini
Kegembiraan itu dikongsikan oleh pereka fesyen itu menerusi Instagram yang menunjukkan proses pakaian itu dihasilkan secara terperinci.
Dalam hantaran dikongsikan oleh pereka fesyen terkemuka negara, Gaga mengenakan gaun labuh berwarna merah hati.
Busana itu juga turut dihiasi ribuan batu Swarovski ketika menyanyikan lagu popularnya, Americano.
“Telefon Paparazi kerana kami berada di The Edge of Glory! Ini adalah Lady Gaga mengenakan rekaan khas Rizman Ruzaini ketika membuat persembahan Americano di residensi Las Vegas.
“Ini membuatkan kami ingin melepaskan segalanya dan Just Dance,” kongsi RR di Instagram.
Artikel lain: Diminta boikot Aliff Aziz? Rizman Ruzaini kekal profesional & tak masuk campur urusan peribadi
Sementara itu, persembahan residensi Gaga iaitu Piano and Jazz di Dolby Live at Park MGM Las Vegas yang berlangsung sejak 19 Jun lalu hingga 6 Julai depan.
Ini merupakan kejayaan kedua RR selepas model legenda Naomi Campbell pernah memperaga busana rekaan mereka di Minggu Fesyen Dubai pada Oktober tahun lalu.
Duo pereka fesyen itu pernah mendedahkan membayar RM3 juta bagi menempah model terkemuka itu untuk menggayakan pakaian mereka.
Netizen bangga Lady Gaga gayakan busana Rizman Ruzaini
Rata-rata warganet kagum dengan pereka tempatan Rizman Ruzaini kerana sekali lagi berjaya menempa nama di persada antarabangsa.
Sumber: Instagram Rizman Ruzaini
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source