Tular notis penangguhan ceramah & kuliah Ustaz Don dikeluarkan oleh Jais
Sejak semalam, tular notis penangguhan ceramah dan kuliah yang membabitkan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Biyajid dipercayai dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Notis tular notis penangguhan ceramah & kuliah di media sosial
Memetik laporan dari Harian Metro, notis yang bertanda tangan Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan yang penangguhan tersebut merangkumi semua agensi dan institusi masjid, surau serta musollah di Selangor membabitkan penceramah tersebut.
Notis penangguhan ceramah & kuliah di seluruh Selangor
“Sehubungan dengan itu, sebarang program ceramah/kuliah membabitkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Negeri Selangor hendaklah ditangguhkan.
“Penangguhan membabitkan semua program yang telahpun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.
“Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula,” kata notis berkenaan.
Artikel lain: Ustaz Don berterima kasih, hargai semua teguran -“Mohon maaf atas kekhilafan”
Motif penangguhan ceramah & kuliah Ustaz Don dikeluarkan Jais?
Walau bagaimanapun, setakat ini pihak Jais belum mengulas isu tersebut dan difahamkan akan mengeluarkan kenyataan pada hari esok.
Terdahulu, Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid, 40 telah direhatkan sementara daripada rancangan Salam Baitullah susulan tularnya video kenyataan yang dikeluarkan berkenaan kisah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.
Namun begitu, selepas pertemuan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), beliau kembali bersiaran dalam program berkenaan.
Tetapi, hanya selepas satu hari, pihak RTM telah menamatkan khidmat Ustaz Don sebagai pengacara program Salam Baitullah selepas beliau mengulangi perbuatan ingkar arahan penerbit dan tidak patuh skrip.
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dilaporkan berkata, sebagai pengacara, Ustaz Don sepatutnya patuh kepada skrip dan tidak memetik mana-mana kitab atau hadis ketika bersiaran.
Tidak lama selepas itu, Ustaz Don telah tampil memohon maaf diatas kesilapannya dalam memberi jawapan mengelirukan apabila ditanya oleh pendengar sebuah stesen radio berkenaan Aidiladha.
Sumber: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source