Konten rapatkan wajah di skrin, influencer muslimah mengaku salah -“Saya minta maaf..”
Influencer muslimah mengaku salah dan mohon maaf atas kekhilafannya berkenaan video yang memberi nasihat dengan mendekatkan wajah ke skrin sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh influencer muslimah yang dikenali sebagai Fatin di laman TikToknya, dia berkata tujuan hantaran tersebut hanya mahu menyampaikan mesej kepada umum supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain.
Influencer muslimah mengaku salah
@fatinnnabila1 Bismillah.
♬ original sound – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin
Artikel lain: Ustazah Asma tegur influencer muslimah rapatkan wajah di skrin beri nasihat
Bagaimanapun, dia akui kaedah yang digunakan dalam menghantar mesej kepada umum adalah tidak sesuai sebagai seorang muslimah.
“Fatin sedar pendekatan dalam menyampaikan mesej agak salah, tidak sesuai dari segi suara, muka yang betul-betul dekat dengan skrin.
“Jadi dengan rendah diri Fatin memohon maaf kesilapan yang saya buat. Banyak sangat benda yang Fatin belajar daripada apa yang berlaku terutamanya saya akan memperbaiki dari segi suara, ekspresi muka,” ujarnya.
Influencer muslimah mengaku salah
Dalam pada itu, Fatin memberitahu akan memperbaiki kualiti kandungan videonya pada masa akan datang selepas mempelajari kesilapan yang dilakukan berhubung isu tersebut.
Bukan itu sahaja, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai untuk segala teguran dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Untuk akan datang Fatin akan hasilkan kualiti video yang lebih baik dan sesuai. Fatin banyak sangat belajar tentang apa yang boleh buat dan tidak.
“Saya sebagai seorang muslim saya akan jaga lebih baik dan teliti proses sebelum memuat naik sebarang vide0 di media sosial, insya-Allah.
“Terima kasih untuk komen yang positif dan negatif sebab dari situ saya belajar banyak perkara. Saya akan terus memperbaiki diri dengan bimbingan satizah dan korang semua,” katanya.
Terdahulu, pendakwah bebas popular, ustazah Asma menegur tindakan Fatin yang memberi nasihat menggunakan suara lembut dan manja sambil merapatkan wajah ke skrin.
Tegasnya, pendekatan pempengaruh muslimah itu tidak sesuai digunakan kerana mengundang pelbagai kesan negatif apabila menjadi ‘bahan’ kepada perbuatan jijik sesetengah pihak termasuk dalam kategori soft porn.
Sumber: TikTok @fatinnabila1
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source