Tak sengaja terjumpa, wanita sebak dapat peluk mak cik persis arwah ibu
Wanita sebak dapat peluk mak cik persis wajah ibunya apabila baru-baru ini secara kebetulan merakam wajah warga emas berkenaan yang ditemui di sebuah pasaraya.
MHI beri kejutan
Menerusi posting yang dibuat benaffiq, dia telah berkongsi momen sewaktu mempertemukan wanita dikenali sebagai Ain dalam rancangan Malasysia Hari Ini (MHI) dengan warga emas yang dirakam olehnya tempoh hari.
Dapat dilihat Ain dan adik beradiknya tidak dapat menahan air mata bersalaman dan memeluk warga emas terbabit kerana begitu merindui kehadiran ibu mereka yang telah tiada.
@affxqsham
Wanita sebak dapat peluk mak cik mirip ibu
Dalam rancangan tersebut, pada awalnya Ain terbabit diundang untuk menceritakan hantaran yang dibuat di TikTok berkenaan perkongsiannya, namun pihak MHI telah memberi kejutan dengan menghadirkan warga emas yang dikenali sebagai Mak Cik Katijah.
@cmtujuh semalam pergi lotus peringgit. masa tgh makan tiba2 ternampak makcik ni. ya Allah sebijik mcm muka arwah mama dari jauh. nasib baik masatu tgh makan ayam gepuk, acah2 kepedasan la aku disitu walau hakikatnya dah byk air mata jatuh huhuhu🥺 kalau fyp dkt anak2 makcik ni, saya mintak maaf ye rekod makcik. kirim salam kt makcik tu tau. terlepas jgk rindu even sekejap bila tgk makcik ni. semoga makcik sihat selalu yee aamiin🤲🏻❤️ p/s: video gegau sbb rekod sblh tgn sambil lap air mato ahahah
Wanita sebak dapat peluk mak cik mirip ibu, adik beradik juga menangis sama
Masing-masing tidak dapat menahan tangis dan mengambil peluang bersalaman serta memeluk Mak Cik Katijah yang hadir ditemani menantunya.
Menerusi beberapa gambar arwah ibu wanita tersebut, memang jelas ada kemiripan antara mereka berdua dari segi wajah dan fizikal mereka.
Artikel lain: Menangis minta restu ibu, netizen tak percaya Redza Rosli benar2 kahwin!
Ramai turut menangis tonton pertemuan tersebut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyatakan rasa sebak melihat pertemuan tersebut lebih-lebih lagi melibatkan adik-beradik yang begitu merindui arwah ibunya.
Mereka juga mengakui bahawa memang ada kemiripan antara ibu pengguna Tiktok terbabit dengan warga emas berkenaan sehingga membuatkan mereka adik beradik begitu terkejut sehingga menitiskan air mata.
Orang yang kehilangan ibu faham apa yang dirasa
Memangis wehh tengok momen ni
Bengkak mata lihat pertemuan mereka
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source